Razer Blade Stealth Suntik Gaming Dalam Pakej Ultrakompak

Satu kelemahan laptop dalam kategori ultrabook adalah ketakmampuannya untuk menjalankan tugasan berat seperti gaming. Mengecilkan fizikaliti laptop bermakna ruang yang ada untuk komponen semakin berkurangan. Maka, GPU-lah sering menjadi mangsa korban.Tapi mereka di Razer mempunyai visi untuk menjadikan gaming lebuh ultramobil apabila memperkenalkan Razer Blade Stealth yang hadir dengan kad GPU MX150 dengan RAM seluas 4GB.

Apa yang jadikan Razer Blade Stealth Istimewa?

Ia adalah gabungan kuasa dan mobiliti dalam satu pakej yang kompak. Kehadiran bingkai paparan yang nipis turut menyumbang pada pengalaman gaming yang baik.Berikut adalah spesifikasi asas Razer Blade Stealth:
  • CPU Intel Core i7-8650I
  • GPU NVIDIA GeForce MX150 4GB
  • Panel paparan sehingga 4K
  • Storan SSD sehingga 512GB
  • RAM sehingga 16GB
  • USB-C Thunderbolt 3
  • Papan kekunci Chroma
  • Ketahanan bateri sehingga 13 jam
Razer Blade Stealth dijual pada harga bermula USD 1,399.(RM5,829) Sumber: Razer

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan