Pakar Makanan Cina Ini Bukan Dari China

HomeMakan

Pakar Makanan Cina Ini Bukan Dari China

Kalau cakap pasal makan di Subang Jaya, sudah tentu SS15 akan berlegar-legar dalam kotak cadangan. Tapi ada satu permata tersembunyi di sekitarnya yang kurang mendapat spot light.
Nama kedai ini adalah Specialist Chinese Food Kungfu Chow.

Kedai comel dalam kawasan perumahan SS 19
Specialist Chinese Food Kungfu Chow terletak di SS 19 dan kedai ini menyediakan makanan goreng gaya Cina dan lebih menarik, ia halal. Kedai yang diusahakan suami isteri ini mula beroperasi 5 petang hingga lewat malam.
Cili jeruk boleh tambahkan kick pada Mi Hokkien Kicap
Kami telah cuba beberapa hidangan seperti:
  • Mi Hokkien Kicap
  • Yi Mi Hokkien Kicap
  • Kuetiau Kung Fu
Mi Hokkien Kicap
Mi Hokkien Halal yang terkenal adalah di PJ Old Town. Tapi versi Kungfu Chow adalah lebih manis. Saiz hidangan di kedai ini agak besar, untuk RM 6.00 harga di kedai ini amat berpatutan.
Yi Mi Kicap
Selain Yi Mi, pengunjung boleh pesan kuah kicap bersama Mihun, Mi Kuning, Kuetiau, ataupun nasi putih.
Kuetiau Kung Fu
Kuah Kuetiau Kung Fu adalah kuah pekat clear yang ada rasa hampir sama seperti versi kicap, tapi tanpa kicap, rasa minyak bijan lebih ketara.
Lokasi
Specialist Chinese Food Kungfu Chow
No 34, Jalan SS 19/6, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor

Menu

COMMENTS

DISQUS: 0