Tapi lampu kabin stock adalah daripada jenis bulb berfilamen. Saya ingin tukarkannya kepada LED atas beberapa sebab.
Kelebihan menggunakan LED:
- Tidak panas berbanding bulb berfilamen jika dipasang lama.
- Murah, 3 unit saya beli pada harga RM8 di Shopee.
- LED gunakan tenaga yang kurang, jadi ia mesra bater
Membuka penutup lampu kabin adalah mudah. Ia tidak menggunakan sebarang skru, sebaliknya klip plastik. Anda sepatutnya boleh nampaknya dari luar klip itu. Ambil pembuka skru muncung tirus dan umpil penutup di tempat seperti anak panah.
Di salah satu bahagian pemegang bulb, akan ada seperti sendal yang boleh lentur. Anda boleh tolak sendal itu untuk lepaskan salah satu kaki bulb.
Setelah tarik keluar, anda boleh gantikannya dengan lampu LED.
Uji lampu LED sebelum pasang penutupnya.