1. Ia dibangunkan menggunakan acuan Geely Bin Yue yang kini dijual di China.
2. Macam X70, anda boleh jangkakan kualiti exterior dan interior yang tinggi kerana ia menerima sentuhan Geely dari China.
3. Selamat tinggal Campro kerana X50 akan gunakan enjin 1.5L turbo yang hasilkan 174 hp serta daya tujah 255Nm hasil pembangunan bersama Volvo dan Geely. 0-100 hanya ambil masa 7.9 saat untuk kereta sebesar ini.
4. Tahap keselamatan tinggi. Anda boleh jangakan ia mewarisi sistem safety daripada Geely Bin Yue seperti ICC, SLIF, BSD, LKA, LDW, dan AEB.
5. Infotainment yang lebih pintar. Anda boleh beri arahan suara untuk ia buka tingkap dan sebagainya. Lebih menarik, ada sambungan 4G untuk kekal bersambung dengan internet.
6. Mungkin ada dua versi, di China, Geely Bin Yue ditawarkan dalam versi standard dan sport. Versi sport nampak macam Toyota CH-R.
Sumber: The Ajerul, Careta
ByHarimau
August 19, 2019