Masjid terbesar di dunia dan merupakan salah satu tempat suci umat islam ialah Masjid al-Haram yang letaknya di Makkah, Arab Saudi.
Disebabkan saiznya yang terlalu besar, tak semua kawasan dijelajahi pengunjungnya dan banyak tempat-tempat “rahsia” yang menarik dan amat berguna jika anda tahu tentangnya.
Biasanya, pengunjung hanya menggunakan pintu King Fahd dan King Abdul Aziz. Padahal, ada 93 pintu lagi yang boleh digunakan untuk keluar masuk. Cumanya, 2 pintu ini popular disebabkan jaraknya dengan tempat tinggl pengunjung.
Ini adalah 8 rahsia yang ramai tak tahu tentang Masjid al-Haram.
1. Tempat wuduk berhampiran Kaabah
Paling ramai yang salah anggap bahawa tempat wuduk hanya ada di luar masjid. Sebenarnya berhampiran Kaabah pun ada paip untuk wuduk.
Lihat saja di bahagian bawah tangga-tangga besar yang menhubungkan tingkat satu dengan ruang tawaf utama. Semua kelima-lima tangga besar itu ada paip wuduk di bawahnya.
2. Tutorial umrah percuma
Lazimnya, Jemaah didampingi pembimbing semasa melakukam umrah dan haji. Namun, terdapat juga Jemaah yang datang secara solo, terutamanya yang bukan daripada negara Islam.
Jangan takut, Masjid al-Haram ada sediakan tutorial umrah percuma di pintu 74.
3. Buku agama percuma
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan senaskah buku percuma, juga di pintu 74. Kebanyakkannya adalah buku panduan dan himpunan doa-doa.
4. Dengar terjemahan khutbah secara livestream
Buat jemaah yang tidak boleh berbahasa arab, tentu sukar untuk memahami isi khutbah yang disampaikan khatib. Tapi jangan risau, terjemahan audionya disediakan secara livestream.
Anda cuma perlu gunakan telefon anda dan log masuk ke laman web yang disediakan. Maklumat tentang web itu ada di pintu 74.
5. Terjemahan khutbah dalam bentuk bahasa isyarat
Bagi jemaah yang ada masalah pendengaran, di pintu 93 ada menyediakan khidmat jurubahasa isyarat untuk bantu anda mengetahui apakah khutbah yang sedang disampaikan.
6. Rangkaian air Zam-Zam
Air minuman di Masjid al-Haram adalah daripada Telaga Zam-Zam semuanya. Ia diedarkan secara percuma kepada jemaah yang mengunjungi masjid.
Kalau nak tengok kilang air Zam-Zam, bolehlah pergi ke pintu 93. Di sana, anda boleh lihat petugas mengisi air dalam tong-tong sebelum diedarkan.
7. Akses ke bumbung Masjid al-Haram
Bumbung masjid ada ruang untuk beribadat. Cumanya tak ramai yang mengetahui bagaimana pun pergi ke sana. Di pintu 91, ada eskalator yang terus membawa jemaah naik ke bumbung.
Biasanya, jemaah akan solat Subuh, Magrib, dan Isyak di atas sana. Silat di siang hari mungkin tak selesa kerana terlalu panas.
8. Masuk kali pertama melalui pintu Babussalam
Disarankan jemaah yang baru tiba untuk masuk melalui pintu Al-Salam kerana ada doa masyur boleh diabcakan ketika melangkah masuk.
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْ خِلْنَ الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَا لَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ