Open source vs. Closed source software

HomeTeknologi

Open source vs. Closed source software

Kepada penggemar komputer yang sering install pelbagai software ataupun perisian, mungkin anda pernah melihat perkataan “Open source” dan “Closed source” di tajuk besar nama software tersebut.

Dua perkataan tersebut sebenarnya mempunyai maksud tersendiri. Mana satu perkataan yang hendak digunakan adalah bergantung kepada pembina software berkenaan. Walau bagaimanapun sebagai pengguna akhir atau ‘end user’, makna kedua-dua perkataan ini perlu difahami kerana untuk memuat turun (download) sesuatu perisian atau software adalah bergantrung kepada perkataan yang digunakan oleh pembina sofrware tersebut.


Open Source

Open source merupakan terma untuk software di mana software ini dikendali oleh ramai ahli programmer secara sukarela. Apabila software tersebut dikategorikan sebagai Open source, maka, ‘coding’ software tersebut boleh dilihat semua pengguna, tidak kira sama ada anda seorang programmer atau tidak kerana ‘coding’ ini tidak disulitkan. Selain itu, orang umum terutamanya programmer boleh mengkaji bagaimana software itu berfungsi dan membuat perubahan kepada ‘coding’ tersebut.

Selain itu, software tersebut sentiasa akan menerima update dan sudah pasti tidak akan outdated selagi ada sukarelawan programmer masih berminat untuk melakukan kontribusi kepada software tersebut.

Dan tidak lupa juga, penggunaan software open source selalunya percuma (tertakluk kepada terma dan lesen).

Bloatware, Ads ataupun iklan sama sekali tidak akan wujud semasa sesi installation dan penggunaan software berikut. Risiko spyware atau pencurian data anda sangat rendah.

Contoh open source software


Closed Source

Closed source merupakan terma dimana software atau perisian dikendali oleh pihak yang professional. Selalunya, pihak tersebut merupakan kakitangan pekerja untuk sesebuah syarikat. Sebagai contoh syarikat yang mengamalkan konsep closed source ialah Apple dan Microsoft

Source atau sumber software tersebut tidak boleh dilihat oleh orang umum kerana coding telah disulitkan.

Kebiasaannya, terma ini boleh dijumpai di software yang berbayar atau premium sahaja. Selain itu, software closed source dikendali oleh syarikat /individu yang telah dikenali atau tidak. Hal ini demikian kerana, selalunya melibatkan penggunaan yang berlesen dan perjanjian semasa pembelian software.

Walaupun akan ada update dari syarikat/individu yang mengendalikan software tersebut, namun bergantung kepada subscription atau langganan (lesen) anda terhadap software itu. Jika langganan anda sudah tamat, sudah pasti anda tidak akan menerima apa jua update dari software itu selagi anda tidak memperbarui langganan atau lesen anda.

Risiko spyware atau pencurian data boleh berlaku walaupun telah dikendali oleh pihak professional. Selain itu, iklan atau bloatware boleh berlaku secara halus semasa sesi installation software atau sepanjang penggunaan.

Contoh closed source software


Perbezaan antara closed dan open source

Open sourceClosed Source
PercumaBerbayar
Coding boleh dilihat umumCoding disulitkan
Dikendali oleh sukarelawan programmerDikendali oleh pihak professional
User interface mungkin kurang mesra penggunaUser interface mudah difahami

COMMENTS

DISQUS: 0