Rahsia Disebalik Router Unifi D-Link DIR-842

Kalau anda gunakan servis Unifi untuk Internet, berkemungkinan besar anda sedang menggunakan router D-Link DIR-842 seperti dalam gambar ini ataupun yang jenis tong sampah.

Kalau anda kalih tengok dekat bahagian belakang, satu port USB-A. Ini adalah port untuk fungsi SharePort yang ada pada produk D-Link. Jenama lain pun ada, cuma nama komersialnya mestilah lain.

Asasnya, SharePort ini adalah fungsi Server Message Block (SMB) atapun dipanggil “SAMBA”, protokol perkongsian interkomputer yang wujud sejak 1992 lagi. Dengan SAMBA, komputer A boleh mengkases fail, dalam rangkaian yang sama, terus daripada komputer B tanpa perlukan perantara.

Aktifkan SAMBA di Router

Cucuk medium storan yang ingin digunakan. Paling mudah adalah pemacu kilat yang sudah tak anda gunakan lagi dan diformat dalam bentuk FAT32.

Di telefon (pastikan ia bersambung dengan Wi-Fi), lancarkan Browser. Masukkan alamat IP router DIR-842 dalam ruangan URL. Tetapan default untuk router ini adalah http://192.168.0.1. Ia akan membawa anda ke portal tetapan router DIR-842.

Sekiranya anda mengakses DIR-842 menggunakan telefon ataupun peranti mudah alih, router akan memaparkan portal versi mobile, jadi anda perlu arahkan browser untuk akses portal versi desktop.

Kemudian, dekat dashboard atas, cari pilihan Setting. Satu menu drop-down akan keluar, kemudian cari pilihan SharePort dan tekan.

Di halaman tetapan SharePort, Enable-kan fungsi SharePort.

Ada beberapa perkara optional yang boleh anda lakukan seperti:

  • tetapkan kata laluan untuk akses storan SharePort.
  • wujudkan sehingga 9 pengguna dengan kata laluan peribadi untuk mengakses storan SharePort.

Cara gunakan SAMBA

Samba kini digunakan di hampir semua platform. Bezanya adalah pada cara untuk menaksesnya. Anda cuma perlu masukkan alamat IP router tadi (192.168.0.1).

  • Di Android, anda boleh gunakan APP Cx File Explorer.
  • Di iOS, anda boleh gunakan FE File Explorer.
  • MAC & Windows, mereka ada explorer terbina dan sedia mengakses SMB.

Telefon, laptop, desktop, malah TV pintar pun boleh akses fail yang sama.