Dengan pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk gantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan berlaku perubahan besar pada gaji pekerja kerajaan pada segi struktur dan pengiraan.
Asas penggajian SSPA
Untuk fahami SSPA, anda perlu fahami terma-terma yang akan anda temui:
- Gaji Hakiki: Gaji asas yang diterima mengikut gred dan skim perkhidmatan
- Gaji Permulaan Terendah (GPT): Gaji paling rendah yang dibenarkan kepada pekerja keraan
- Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM): Jadual yang menunjukkan gaji minimum dan maksimum bagi setiap gred
- Pergerakan Gaji Tahunan (PGT): Kenaikan tahunan kepada Gaji Hakiki mengikut Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
- Tarikh Pergerakan Gaji (TPG): Tarikh berkuatkuasanya KGT.
Pegawai yang menerima opsyen SSPA adalah layak untuk menerima semua kemudahan yang telah digariskan di atas. Pegawai yang tidak menerima opsyen SSPA tidak layak menerima struktur gaji baharu dan kekal menerima semua manfaat di bawah SSM.
GPT telah ditetapkan kepada RM1,500 untuk pegawai Gred 1. Kemudian, JGMM telah ditambah baik dan diselaraskan bawah SSPA untuk Gred 15 dan ke bawah. TPG pula ditetapkan pada setiap 1 Januari, 1 April, 1 Julai, ataupun 1 Oktober, kekal seperti dalam SSM.
Kalkulator pelarasan gaji SSP
Sebagai satu penambahbaikan kepada struktur gaji, pelarasan gaji sebanyak 15% diberikan secara berfasa. Fasa 1 adalah pada 1 Disember 2024 apabila pegawai kerajaan menerima kenaikan sebanyak 8% ataupun minimum RM240. Fasa 2 pula akan berlaku pada 7% apabila pengawai kerajaan menerima 7% kenaikan.
Kalau nak lagi senang, guna saja kalkulator yang telah disediakan kerajaan. Namanya adalah Kalkulator Gaji SSPA. Anda cuma perlu masukkan:
- Kumpulan Perkhidmatan
- Gred Jawatan
- Gaji Hakiki Pada 30 November 2024 (RM)
Anda boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 untuk maklumat lanjut.
Bacaan berkaitan
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Kalkulator gaji SSPA Malaysia
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Apa dan kenapa ia dilaksana