25 maksud dan istilah yang digunakan dalam dunia smartphone (2024)

2024 ini banyak telefon dilancarkan dengan ciri baru yang tak pernah didegari sebelum ini. Istilah AI meletup di sana-sini apabila pengeluar cuba mengetengahkan produk masing-masing yang pintar dan mampu bantuk pengguna pertingkat produktiviti. Pening dengan istilah-istilah yang diguna pakai dalam dunia smartphone? Ini 25 daripadanya.

  1. 5G (Fifth Generation Mobile Technology) – Merujuk kepada teknologi rangkaian mudah alih Generasi 5. Ia tawarkan potensi kelajuan Internet lebih tinggi dan latensi lebih rendah untuk aplikasi lebih kritikal seperti kawal robot daripada jarak jauh.
  2. eSIM (embedded SIM) – teknologi SIM yang terbenam dalam telefon, tak perlukan SIM fizikal lagi.
  3. SoC (Sistem on a Chip) – Cip pemproses yang menyatupadukan komponen seperti CPU, GPU, modem, dan banyak lagi atas satu pakej. Ia jimatkan ruang, jimatkan tenaga, dan tingkatkan prestasi kerana semua berada di satu tempat. Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, Apple A18, dan MediaTek Dimensity 9300+ adalah contoh SoC flagship yang diguna pakai dalam telefon premium 2024.
  4. NPU (neural processing unit) – variasi kepada CPU dan GPU yang tugasnya untuk melakukan kerja berkaitan AI dan ML (machine learning)
  5. Storan – komponen yang menyimpan data-data anda seperti gambar, video, nombor telefon, termasuklah sistem operasi. Ada dua jenis storan yang biasa digunakan di telefon iaitu:
    • eMMC (embedded MultiMediaCard) – modul yang mengandungi storan kilat dan mikropengawal dalam satu pakej. Ia murah dihasilkan dan banyak diguna di telefon bajet.
    • UFS (Universal Flash Storage) – teknologi yang lebih baru, lebih pantas untuk menyimpan data. Ia nyata lebih pantas berbanding eMMS namun kos penghasilannya lebih tinggi menyebabkannya hanya diguna pada telefon yang ada harga lebih premium.
  6. UI (User Interface) UX (User Experience) – Antara muka pengguna adalah komponen visual yang jadi perantara antara pengguna dengan sistem. Visual mudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan sistem yang hanya faham kod. UI yang baik rekaannya berikan pengalaman pengguna (UX) yang baik.
  7. AI (Artificial Intelligence) – terma meluas yang digunakan untuk rujuk kepada kecerdikan mesin untuk lakukan analisis, contohnya beria saranan ataupun buat kerja kreatif seperti hasilkan gambar.
  8. UWB (Ultra-Wideband) – protokol komunikasi wayarles jarak dekat yang digunakan untuk penjejakan objek. Apple perkenalkan UWB pada siri iPhone 11 manakala Samsung pada siri Galaxy S21 mereka dalam tahun 2019.
  9. LCD (Liquid Crystal Display) – jenis paparan yang gunakan cecair crystal pelbawai warna yang dicahayakan oleh satu panel cahaya di bahagian latar untuk wujudkan imej. Panel LCD lebih murah dihasilkan dan ada jangka hayat lebih panjang berbanding OLED.
  10. OLED (Organic Light Emitting Diode) – teknologi panel paparan yang mempunyai kelebihan pada segi penghasilan warna dan hitam yang lebih dalam berbanding LCD.
  11. AMOLED (Active Matrix OLED) – variasi panel paparan OLED yang mempunyai kelebihan pada segi kecekapan tenaga lebih baik serta kecerahan lebih tinggi. Siri Samsung Galaxy S24 guna pakai AMOLED dan ada kecerahan puncah 3,000nits.
  12. AOD (Always-On Display) – Ciri popular yang dimiliki panel OLED kerana setiap piksel boleh dihidupkan secara individu. Pengeluar telefon memanfaatkannya untuk paparkan maklumat asas seperti masa dan notifikasi tanpa perlu menghidupkan paparan. Ciri ini tiada pada panel LCD kerana lampu latarnya menyala melitupi semua panel paparan.
  13. LTPO (Low-Temperature Polycrystalline Oxide) – variasi panel paparan OLED yang fokuskan pada kadar segar semula yang lebih pelbagai. Ia berikan kecekapan tenaga lebih baik, seterusnya jimat bateri. OnePlus 12 gunakan panel LTPO 120Hz PROXDR dengan kadar semula 1Hz hingga 120Hz.
  14. 120Hz (120 hertz) – berapa kali skrin paparan dikemas kini, kadar segar semula lebih tinggi berikan visual yang lebih lancar. Kadar segar semula rendah sesuai untuk paparan gambar dan ia jimat tenaga.
  15. IP Rating (Ingress Protection Rating) – Penilaian terhadap kadar kekalisan debu dan air sesuatu telefon. Dalam IP68, produk tersebut ada kekalisan debu tahap 6 dan kekalisan air pada tahap 8. Kekalisan air tahap 8 bermaksud ia boleh diselam dalam air tenang sedalam 1 meter untuk 30 minit.
  16. MagSafe – Teknologi proprietari Apple untuk mengecas iPhone secara wayarles dengan penggunaan magnet untuk lekatkan pad pengecas di belakang telefon dan basmi masalah pengecas tidak dijajarkan sebetulnya.
  17. Fast Charging – ciri pengecasan pantas untuk mengisi bateri telefon secepat mungkin. Jenis pengecasan adalah bergantung kepada pengeluar.
    • USB Power Delivery (USB-PD) – Piawaian universal untuk pengeacsan pantas, ia digunakan oleh banyak telefon termasuklah Apple.
    • Qualcomm Quick Charge – digunakan oleh telefon Android yang diperkasa cip pemproses Qualcomm, namun tidak semua mengaktifkan ciri ini untuk gunakan solusi hasilan sendiri.
    • VOOC (Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current Charging) – sistem hasilan OPPO
    • SuperVOOC – VOOC yang lebih maju, banyak ditemukan pada telefo OPPO dan OnePlus yang lebih premium.
    • Dash Charge/Warp Charge – SuperVOOC yang dijenamakan semula untuk produk OnePlus
    • Huawei SuperCharge – sistem hasilan Huawei
    • Samsung Ada[tive Fast Charging – sistem hasilan Samsung yang juga ngam dengan sistem Qualcomm Quick Charge
    • Xiaomi HyperCharge – solusi Xiaomi yang mampu pergi sehingga 120W.
    • Realme SuperDart Charge – penjenamaan semula daripada OPPO SuperVOOC.
  18. Miliamp hour (mAh) – Unit pengukuran kapasiti bateri yang biasa diguna untuk telefon pintar. Lebih tinggi nilai mAh, lebih besar kapasiti bateri telefon.
  19. Watt (W), Voltan (V), dan Ampere (A) – Watt adalah unit ukuran kuasa elektrik yang diguna untuk ukur berapa banyak tenaga yang disalurkan ke dalam bateri. Watt adalah hasil darab Voltan dan Ampere. Pengecas 120W Xiaomi [ada Xiaomi 11T Pro boleh isi bateri telefon itu daripada 0 kepada 100% dalam masa 17 minit sahaja.
  20. Reverse Wireless Charging – ciri yang bolehkan telefon bertindak menjadi powerbank untuk cas peranti yang boleh terima kuasa secara wayarles seperti Apple Watch.
  21. OTA (over-the-air) – merujuk pada kaedah penyaluran kemas kini telefon secara wayarles tanpa memerlukan sebarang sambungan fizikal. Kaedah yang digunakan sepenuhnya pada telefon masa ini, contohnya sewaktu iOS 18 dilancarkan.
  22. Apple ProRAW – Format gambar yang dibangunkan Apple yang gabungkan penimejan RAW dengan fotografi berkomputer. Kandugan yang dirakam melalui algoritma pemerosesan seperti Smart HDR dan Night Mode.
  23. Nightmode – mode yang digunakan telefon untuk rakam gambar pada waktu malam. Ia gunakan algoritma khas untuk kira tahap dedahan yang patut dinaikkan. Solusi berobjektif sama tapi berbeza nama mengikut jenama telefon.
    • Google – Night Sight
    • Apple – Night Mode
    • Huawei – Night Mode
    • Xiaomi – Night Mode
    • OnePlus – Nightscape
    • Oppo – Ultra Night Mode
  24. Bloatware – aplikasi yang diprapasang dalam telefon. Sebahagian besarnya adalah aplikasi yang dibayar oleh pembangunnya kepada pengeluar telefon untuk dipasang. Malahan, kadang-kadang ia bertindih fungsinya dengan aplikasi natif. Contohnya Gallery Samsung bertindih dengan Google Photos.
  25. Emergency SOS – servis yang ditawarkan Apple untuk iPhone 14 ke atas berhubung dengan satelit untuk pemilik dapatkan bantuan walaupun berada di luar kawasan cakupan telco. Samsung dan Huawei juga ada ciri hampir serupa.