Poster Universiti Malaysia sambut budak baru bikin netizen kecoh

Universiti Malaysia telah pun memulakan kalendar akademik 2024/2025 mereka dengan minggu orientasi yang berlangsung daripada 29 September 2024 hingga 6 Oktober 2024. Salah satu benda yang mencuri tumpuan netizen adalah poster yang diutuskan di akaun medsos UM bagi menyambut ketibaan pelajar baru.

Anda boleh nampak yang ia mengguna pakai ciri WordArt yang diperkenalkan dalam Microsoft Office 95 dan sangat popular dalam pengguna-pengguna pada genrasi itu. Sekilas pandang, ia nampak macam poster dibuat tak bersungguh namun ada yang berpendapat sebaliknya.

Pengguna Facebook dengan nama Asrul Shamri mengatakan yang ia adalah rekaan poster yang baik kerana:

  • teks yang terkandung dalam poster mengekalkan ketekalan pada segi jarak antara baris dengan baris
  • semua teks juga disusun di bahagian tengah dengan ruang kiri dan kanan sekata
  • bahagian yang kurang consistent adalah info media sosial yang disusun secara tak kemas.
  • tema yang diguna pakai mungkin ada kaitan dengan tema “saya budak baru belajar”

Tidaklah diketahui sama ada pereka poster cakna tentang ketekalan ini ataupun sekadar mengguna pakai penjana imej percuma yangdisediakan di laman web. Sekiranya benar, ia menjelaskan kenapa bahagian logo media sosial sahaja yang tidak consistent dengan benda-benda lain dalam poster.

Lagipun ia bukanlah idea asli daripada UM kerana dalam utusan yang sama, mereka berikan kredit pada Universitas Indonesia.

WordArt ditamatkan pada Microsoft Office 2007 ini alternatifnya

WordArt adalah satu ciri yang diperkenalkan pada Microsoft Office 95 (Word, PowerPoint, dan Excel). Ia bolehkan pengguna jana teks berstail dengan banyak kesan hiasan. Antara kesan khas yang popular seperti bold, warna warni, 3D, bebayang, dan warped.

WordArt popular digunakan sebagai tajuk ataupun heading untuk sesuatu dokumen kerana ia berikan kesan lain daripada yang lain berbanding teks dokumen itu sendiri. Ciri WordArt ditamatkan sejak Office 2007 dan digantikan dengan WordArt yang diolah semula untuk jadi lebih versatil.

Terdapat laman web yang sediakan servis menjana WordArt klasik secara percuma. Anda boleh pergi ke makewordart.com untuk mencubanya.