Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal kelas B1 dan B2 kepada kelas B Penuh telahpun mula pada 1 Oktober 2024. Untuk maklumat anda, LMM kelas B1 sudahpun dimansuhkan dan kini hanya ada B2 dan B penuh.
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama 10 tahun ke atas layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh bermula 1 Oktober 2024. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa program ini membolehkan pemegang lesen kelas B1 dan B2 beralih kepada lesen motor kelas B dengan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan.

Kerajaan longgarkan syarat 10 tahun peralihan lesen B Penuh
Berdasarkan maklum balas terkini, syarat 10 tahun berterusan telah diubah bagi mereka yang tidak dapat memperbaharui lesen semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemegang lesen B2 atau B1 selama 10 tahun ke atas layak menyertai program ini, tanpa mengambil kira status pembaharuan berterusan.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B1 melebihi 10 tahun
- Lesen CDL Kelas B2/ B1 aktif dan sah
- Bebas senarai hitam JPJ & PDRM, tiada tunggakan saman atau sekatan urus niaga, serta bebas daripada rekod kesalahan berat
Tempoh Pelaksanaan
Program khas ini bermula pada 1 Oktober 2024 dan tiada tempoh tamat yang ditetapkan. Program akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.
Caj Program Peralihan
Calon yang ingin menyertai program ini perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak RM160 untuk menampung kos operasi di Institut Memandu.

Cara Permohonan & Semakan Kelayakan
Cara 1: Semakan melalui laman web JPJ (MySikap)
- Lawati Laman Web MySikap
- Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan sebagai ID pengguna dan kata laluan MyJPJ
- Pilih “Lesen Memandu” > Semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL Kelas B Full
Cara 2: Semakan melalui Aplikasi MyJPJ
- Muat turun aplikasi MyJPJ di:
- Semak di “Pelesenan Pemandu” > Klik “Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B”
Langkah Seterusnya Jika Layak
- Semak jadual latihan di Institut Memandu terpilih
- Buat pendaftaran dan deklarasi kesihatan kendiri di Institut Memandu dengan bayaran RM160
- Jalani latihan amali penyesuaian motosikal selama 2 jam
- Penilaian penyesuaian motosikal oleh JPJ
- Pengeluaran Lesen Memandu Kelas B
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada:
- Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau laman web rasmi JPJ