Anda dah bersedia berangkat ke Mekah dan Madinah untuk Haji ataupun Umrah. Kini pastinya anda sedang berfikir macam mana nak kekal berhubung di tanah suci. Kalau tak mahu beli kad SIM Arab Saudi, anda boleh sahaja langgan pas perayauan telco Malaysia. Ada banyak pilihan tempoh sah dan harga.
Senarai di bawah mengandungi semua maklumat pelan perayauan Arab Saudi untuk setiap telco utama di Malaysia.
- Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar CelcomDigi
- Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Maxis
- Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar U Mobile
- Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Uni5G
- Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Yes 5G
- Tips untuk gunakan roaming antarabangsa secara cekap
Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar CelcomDigi
CelcomDigi ada tawarkan 4 jenis pas perayauan yang boleh dipertimbangkan iaitu:
- 3-Day Unlimited Pass – RM48
- 7-Day Unlimited Pass – RM58
- 14-Day Unlimited Pass – RM98
- 30-Day Unlimited Pass – RM118
3-Day Unlimited Pass dan 7-Day Unlimited Pass berikan anda kuota Internet berkelajuan tinggi 2GB sehari. Jika melebihi penggunaan, kelajuan akan dihadkan kepada 1Mbps. Pelanggan turut menerima kuota panggilan sebanyak 15 minit. Beza antara kedua-dua pas adalah tempoh sah sama ada 3 hari ataupun 7 hari.
Kalau anda tinggal di Madinah atau Mekah lebih panjang daripada itu, sila pertimbangkan pas 14-Day Unlimited ataupun 30-Day Unlimtied masing-masing berharga RM98 dan RM118. Beza pada tempoh sah sahaja dan anda dapat manfaat serupa seperti kuota harian berkelajuan tinggi 3GB. Kalau terlebih guna, kelajuan dihadkan kepada 1Mbps. Panggilan suara pula diberikan sebanyak 15 minit.
Anda boleh layari laman rasmi perayauan CelcomDigi untuk maklumat lanjut.
Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Maxis
Di bawah Maxis, pelan perayauan mereka dibahagikan kepada untuk pascabayar Maxis, pascabayar Hotlink, dan prabayar Hotlink. Untuk pascabayar Maxis, berikut adalah pilihan yang ada:
- 1 Day DataRoam Pass – RM38
- 15 Days Data Roaming Pass – RM89
- 30 Days Data Roaming Pass – RM119
Dua pelan yang lebih mahal iaitu RM89 dan RM119 berikan anda data berkelajuan tinggi harian sebanyak 2GB diikuti dengan sambungan dihadkan kelajuan kepada 1Mbps sekiranya melebihi kuota.
Untuk pascabayar dan prabayar Hotlink, berikut adalah pilihan yang anda ada:
- 1 Day DataRoam Pass – RM20
- 3 Days ASIA Pacific DataRoam Pass – RM30
- 7 Days ASIA Pacific DataRoam Pass – RM50
Kuota Internet untuk pelan perayauan pascabayar dan prabayar Hotlink adalah antara 1GB dan 5GB. Apabila penggunaan melebihi kuota, kelajuan diturunkan kepada 512kbps sahaja.
Anda boleh layari laman rasmi perayauan Maxis dan Hotlink untuk maklumat lanjut.
Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar U Mobile
Buat pelanggan U Mobile, pas perayauan untuk pascabayar dan prabayar tidak berkongsi antara satu sama lain. Pelanggan pelan U Family 128, U Postpaid 98, U Postpaid 68 V1, U Biz 98, dan U Biz 68 V1 terima kuota bulanan percuma sebanyak 15GB.
Untuk lain-lain pelanggan pascabayar U Mobile, mereka boleh pertimbangkan pas perayauan seperti berikut:
- Roam Share 5GB 7 days – RM35
- Roam Share 2GB 1 day – RM15
- U Data Roam 36 1 day – RM36
Untuk pelanggan prabayar U Mobile, hanya satu sahaja pas perayauan disediakan iaitu U Data Roam 36. Anda boleh layari laman rasmi perayauan U Mobile untuk maklumat lanjut.
Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Uni5G
Pas perayauan Uni5G adalah sama antara pascabayar ataupun prabayar. Untuk Arab Saudi, anda boleh pertimbangkan pelan seperti:
- Uni5G Roam Middle East Unlimited 1-day – RM15
- Uni5G Roam Middle East Unlimited 7-days – RM45
- Uni5G Roam Middle East Unlimited 15-day – RM75
- Uni5G Roam Middle East Unlimited 45-day – RM125
Semua pas ini berikan penggunaan “tanpa had”. Walau bagaimanapun terdapat FUP dikenakan ke atasnya. Semua pelan ini ada kuota Internet berkelajuan tinggi 1GB setiap hari dan sekiranya penggunaan melebihi kuota, kelajuan capaian Intenret dikurang kepada 512kbps.
Anda boleh layari laman rasmi perayauan Unifi Mobile untuk maklumat lanjut.
Haji & Umrah 2025: Pas roaming prabayar dan pascabayar Yes 5G
Yes 5G ada pas perayauan paling mahal dalam senari ini. Hanya ada satu pilihan sahaja disediakan iaitu RM38/hari. Lebih parah, kuota Internet yang ditawarkan hanyalah 400MB sahaja.
Anda boleh layari laman rasmi perayauan Yes 5G untuk maklumat lanjut.
Tips untuk gunakan roaming antarabangsa secara cekap
Sebelum Melancong
- Beli pas perayauan sewaktu berada di Malaysia dengan cara pergi ke aplikasi telco masing-masing. Ia bagi elakkan cas terkejut terutamanya untuk pengguna pascabayar.
- Matikan khidmat peti suara untuk elakkan pihak pemanggil dikenakan cas perayauan sekiranya menelefon anda.
- Pastikan had kredit yang cukup untuk elakkan gangguan perkhidmatan sewaktu berada di luar negara.
- Periksa terma & syarat perayauan setiap telco supaya anda tahu akan kuota harian, kuota mingguan, kuota bulanan ataupun kuota panggilan suara yang diberikan. Ada juga telco yang berikan kuota perayauan percuma sekali dengan langganan pelan.
Sewaktu melancong:
- Aktifkan roaming dalam telefon dan bila ia kesan anda melanggan pas perayauan, anda boleh terus gunakan Internet apabila di luar negara.
- Sekiranya masih gagal dapatkan sambungan Internet walaupun dah langgan pas perayauan, periksa tetapan APN dalam setting telefon
- Ketahui cara lakukan panggilan telefon dari luar negara iaitu kod negara diiukit dengan nombor telefon. Kod panggilan Malaysia ialah 60 diikuti nombor telefon.
- Simpan pautan pantas ke perhidmatan pelanggan telco masing-masing.
Selepas melancong:
- Matikan fungsi Data Roaming terutamanya untuk pengguna yang berhampiran dengan sempadan untuk elakkan daripada terkena caj perayauan tak tentu pasal.