TNG Digital telah umumkan naik taraf besar pada ciri TNG Go+ mereka. Limit sebelum ini ditetapkan pada RM9,500 telah dinaikkan kepada RM20,000. Ia membolehkan pengguna menyimpan dan beroleh pulangan yang lebih banyak. Perubahan ini berkuat kuasa untuk pengguna baharu dan juga sedia ada.
Apakah TNG Go+?
TNG Go+ adalah salah satu produk dibawah hab Gofinance. Ia adalah pasaran dana patuh Syariah yang dilancarkan dalam bulan Mac 2021 hasil kerjasama TNG Digital dengan Principal Asset Management Berhad.
Dana yang diuruskan Principal ini melabur dalam produk deposit bank janka pendek, bank-bank terkemuka Malaysia, bagi memastikan risikonya serendah yang mungkin.
Antara ciri menarik produk ini adalah seperti:
- pulangan harian (purata 3.4% setakat 13 November 2024)
- tiada tempoh matang dan akses fleksibel
- dana permulaan serendah RM10
- dana boleh diguna untuk pembayaran melalui Quick Reload
Setakat ini, fungsi pelaburan menarik TNG ini telahpun digunakan lebih 4 juta pengguna. Dengan purata 3.4%, sekiranya anda berjaya simpan RM20,000 ke dalam produk pelaburan itu, pulangan harian anda adalah RM1.89/hari.
Jana dividen harian dengan TNG Go+: Kenapa anda belum mula?
Apa kelebihan pengguna TNG nikmati?
Alan Ni, CEO TNG Digital, mengatakan TNG Go+ direka untuk menyediakan peluang pelaburan kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Peningkatan pada segi saiz pelaburan dompet digital ini akan memberikan lebih pulangan tapi dalam masa yang sama mengekalkan kemudahan sebelum ini.
Cara nak guna TNG Go+ mudah sahaja. Anda cuma perlu pergi ke tab GOFinance dalam aplikasi TNG eWallet. Pengguna perlu berumur lebih 18 tahun untuk menyertainya.
Walau bagaimanapaun, perlu diingatkan yang produk ini tidak dilindungi PIDM dan hanya ditujukan pada pelaburan jangka pendek.
Anda boleh layari laman rasmi TNG Go+ untuk maklumat lanjut.