Malaysia Airlines A330-900neo dengan TUDM Sukhoi Su-30 MKM Malaysia Airlines A330-900neo dengan TUDM Sukhoi Su-30 MKM

Kenapa satu Malaysia kecoh Airbus A330-900neo di KLIA?

Malaysia Airlines (MAS) pada 29 November 2024 menyambut ketibaan Airbus A330-900neo pertama. Pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-MNG itu mencatat sejarah sebagai permulaan inisiatif pemodenan fleet pesawat penumpang Malaysia Airlines.

Ketibaan A330-900neo milik MAS

9M-MNG telah menempuhi penerbangan 13 jam daripada Toulouse, Perancis dan tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketibaan A330-900neo milik MAS disambut tembakan meriam air

Ia diiringi sebuah Su-30MKM milik TUDM dan disambut dengan penghormatan meriam air sesudah mendarat. 9M-MNG adalah salah satu daripada 20 unit A300-900neo yang ditempah Malaysia Airlines dan ia akan dihantar kepada pengendali syarikat penerbangan nasional itu sehingga tahun 2028.

Ketibaan A330-900neo milik MAS

Penerbangan komersial pertama A330-900neo MAS

Penerbangan komersial pertama A330-900neo MAS ini asalnya dijadualkan pada 25 November 2024. Walau bagaimanapun, terdapat kelewatan pada segi penghantaran menyebabkan tarikh tersebut terpaksa ditunda. Besar kemungkinan, penerbangan pertama akan berlepas dalam bulan Disember 2024 ke Melbourne.

Selain 9M-MNG, MAS mensasarkan empat buah A330-900neo beroperasi dalam suku pertama 2025. Berikut adalah laluan yang akan dinaik taraf kepada A330-900neo:

  • Auckland (AUK) dalam suku pertama 2025
  • Tokyo (NRT) dalam bulan Mac 2025
  • Doha (DOH) dalam bulan Mac 2025

Apa yang ditawarkan A330-900neo MAS?

MAS telah memperlengkap A330-900neo mereka dengan pelbagai ciri menarik.

Naik taraf Business Class

Penumpang Business Class akan dihidangkan dengan 28 suite peribadi yang menampilkan dinding pembahagi yang tinggi beserta pintu, dan akses terus kepada ruang aisle. Kerusi penumpang pula bolah diratakan secara penuh untuk penumpang baring dengan selesa.

A330-900neo MAS Business Class

Bila dah baring, kandungan multimedia boleh dilayani di paparan 4K sebesar 17.3” yang lengkap dengan sistem Bluetooth. Pengecasan wayarles untuk telefon turut disediakan disamping outlet kuasa untuk peralatan elektrik penumpang.

Naik taraf Economy Class

MAS telah muatkan 269 kerusi ekonomi di dalam kabin A330-900neo mereka. Namun, ia masih lagi sediakan ruang yang selesa untuk penerbangan yang panjang. Penumpang Economy Class turut menikmati skrin 4K walaupun pada saiz 13.3” yang lebih kecil.

A330-900neo MAS Economy Class

Signifikan A330-900neo baharu buat Malaysia Airlines

Seperti yang dikatakan di awal artikel, ketibaan A330-900neo adalah menifestasi kemajuan inisiatif pemodenan fleet yang sedang dijalankan MAS. Disebabkan ia adalah pesawat generasi baharu dan berteknologi canggih, ia tawarkan kecekapan penggunaan bahan api 25% lebih baik berbanding generasi terdahulu. Ia memastikan kos operasi MAS kekal pada tahap optimum.

A330-900neo penerbangan ujian

Kemudian, penumpang kedua-dua kategori sama ada Business Class dan Economy Class menikmati tahap keselesaan lebih baik, teknologi hiburan baharu, dan kemudahan dalam penerbangan yang lebih baharu. Ia bagi menjamin keselesaan sepanjang masa.

Sumber: Malaysia Airlines, Simple Flying