Tukar minyak hitam kenderaan Tukar minyak hitam kenderaan

Senarai harga servis kereta 7 jenama popular Malaysia

Rimas dengan service advisor yang asyik nak upsell produk yang tak kritikal sewaktu servis kereta? Beberapa pengeluar kereta ada sediakan saranan dan senarai harga untuk setiap sesi servis kereta anda sebagai rujukan. Maka, anda boleh bandingkan saranan penasihat penyelenggaraan dengan makulmat rasmi daripada pengeluar kereta anda sebelum buat keputusan.

Checklist servis kereta

Ada 7 jenama kereta yang ambil langkah telus dengan menyediakan maklumat penyelenggaraan kereta masing-masing dalam halaman rasmi. Berikut adalah senarainya:

  1. Honda
  2. Hyundai
  3. Nissan
  4. Perodua
  5. Proton
  6. Toyota
  7. Volkswagen

Kalau ada apa-apa jenama yang kami terlepas, mohon turunkan saranan anda dalam ruangan komen.

Senarai harga servis kereta Honda

Jadual selenggara kenderaan berjenama Honda ada disediakan dalam laman rasmi Honda. Anda cuma perlu pilih model dan varian kereta. Contohnya jadual selenggara di bawah adalah untuk City Hatcback 1.5 eHEV (2024).

Jadual servis Honda City Hatchback 1.5 eHEV 2024

Didapati yang penyelenggaraan rutin iaitu tukar minyak enjin dan drain plug washer adalah berharga RM268.57. Pertukaran oil filter hanya dilakukan selang sekali. Servis paling mahal adalah RM1000.49 yang melibatkan pertukaran:

  • minyak enjin
  • drain plug washer
  • air cleaner filament
  • brake fluid
  • fuel filter & fuel retainer
  • pemeriksaan brek

Senarai harga servis kereta Hyundai

Jadual selenggara kenderaan berjenama Toyota ada disediakan dalam laman rasmi Hyundai. Anda cuma perlu pilih model dan varian kereta. Contohnya jadual selenggara di bawah adalah untuk Creta 1.5 SU2id.

Jadual servis Hyindai Creta 1.5 SU2id

Kos selenggara Creta 1.5 SU2id adalah kompetetif. Harganya adalah RM348 untuk penyelenggaraan rutin iaitu tukar minyak, penapis, dan gasket oil plug.

Senarai harga servis kereta Nissan

Jadual selenggara kenderaan berjenama Toyota ada disediakan dalam laman rasmi Nissan. Anda cuma perlu pilih model dan varian kereta. Contohnya jadual selenggara di bawah adalah untuk Kicks e-Power (2025).

Jadual servis Nissan Kicks e-Power 2025

Dalam jadual tersebut, servis rutin beserta kos labour untuk Nissan Kicks e-Power adalah RM367.80. Kemudian pada 40,000km, ada tambahan RM101 untuk pertukaran penapis udara dan pertukaran minyak enjin.

Senarai harga servis kereta Perodua

Jadual selenggara kenderaan berjenama Toyota ada disediakan dalam laman rasmi Perodua. Anda cuma perlu pilih model dan varian kereta. Contohnya jadual selenggara di bawah adalah untuk Myvi 1,500cc.

Jadual servis Perodua Myvi 1500cc

Kos selenggara Perodua tidaklah murah seperti yang disangka. Tak jauh harganya daripada Toyota. Contoh, pengelenggaraan rutin iaitu tukar minyak enjin, drain plug gasket, oil filter, labour dan SST adalah berharga RM223.92. Berbanding RM268 untuk Toyota bila gunakan minyak sintetik sepenuhnya.

Namun perlu diingatkan yang harga penyelenggaraan Perodua terbahagi kepada harga Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Harga untuk Malaysia Timur adalah lebih mahal.

Senarai harga servis kereta Proton

Jadual selenggara kenderaan berjenama Proton ada disediakan dalam laman rasmi Proton. Anda cuma perlu pilih model dan varian kereta. Contohnya jadual selenggara di bawah adalah untuk Proton X70 (2025) varian 1.5 TGDi 2WD untuk perbatuan 20,000km.

Jadual servis Proton X70 (2024)

Kos keseluruhan untuk servis adalah RM450.89. Walau bagaimanpun, untuk enjin yang minum 5 liter minyak, kos minyak enjin Proton adalah yang termurah pada RM37.80/liter. Yang kurang menarik adalah N95 Cabin Filter dan Windshiled Cleaner yang diwajibkan untuk ditukar pada harga RM81. Kalau tiada, harga keseluruhan servis jadi RM368.89.

Senarai harga servis kereta Toyota

Jadual selenggara kenderaan berjenama Toyota ada disediakan dalam laman rasmi Toyota. Anda cuma perlu pilih model dan varian kereta. Contohnya jadual selenggara di bawah adalah untuk Vios G / 1.5E (Auto).

Jadual servis Toyota Vios 1.5G / 1.5E (Auto)

Didapati yang Toyota membahagikan pakej penyelenggaraan ke dalam tiga kategori iaitu:

  • Basic
  • Advance
  • Advance Plus

Julat selenggara Toyota juga adalah pendek iaitu setiap 5,000km berbanding jenama lain yang menyarankan selenggara dilakukan setiap 10,000km. Jadi pengguna Toyota nampaknya perlu kerap ke pusat servis.

Senarai harga servis kereta Volkswagen

Jadual selenggara kenderaan berjenama Toyota ada disediakan dalam laman rasmi Volkswagen. Anda cuma perlu pilih model dan varian kereta. Contohnya jadual selenggara di bawah adalah untuk Tiguan Allspace Life, VW termurah boleh anda dapatkan pada RM177,000.

Jadual servis Volkswagen Tiguan Allspace Life 1.4TSI

Kos servis rutin kenderaan ini adalah RM861.86 yang melibatkan pertukaran minyak enjin, penapis minyak, drain plug, washer, dan oil sump cover bolt. Labour pula adalah RM272.00. Walaupun mahal, tetingkap servis Tiguan Allspace Life adalah lebih luas pada 15,000km ataupun 12 bulan sekali.