Apabila beroperasi, ECRL akan dilengkapi LTE-R dan ia adalah yang pertama di Asia Tenggara. LTE-R akan berikan servis 4G LTE di sepanjang perjalanan kita. Ia seperti dalam tren itu sendiri ada menara pemancar telco dan ia bergerak bersama. Buat pengetahuan anda, LTE-R adalah pengganti kepada GSM-R yang dah diguna dalam industri keretapi Eropah sejak awal 2000 lalu.
Kelebihan LTE-R berbanding GSM-R adalah latency lebih rendah, kapasiti data lebih tinggi, dan lebih selamat. Ia juga lebih baik berbanding pasang router Wi-Fi pada segi penggunaan frekuensi rendah yang ada cakupan lebih luas, risiko intrefrens lebih rendah, dan kuasa penembusan tinggi untuk tawar coverage 4G di setiap pelosok gerabak.
Servis LTE-R pertama dunia dah mula beroperasi dalam tahun 2017 di Korea Selatan. Samsung jenama bertanggung jawab kawal mengendalikan LTE-R untuk laluan kereta api berkelajuan tinggi antara Wonju – Gangneung sepanjang 120km.

Perjanjian penting Malaysia – China berkaitan ECRL dimeterai
Perkara yang bakal menentukan keberhasilan ECRL nanti adalah pemeteraian perjanjian kerjasama antara Malaysia dan China. Perjanjian Usaha sama antara Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction ECRL (CCCECRL) menggariskan perkongsian keuntungan dan risiko secara seimbang seperti:
- kerugian dibahagikan sama rata
- Malaysia diberi 80% keuntungan sementara CCCECRL dapat 20%
- perjanjian berkuat kuasa sepanjang tempoh pinjaman
ECRL Kota Bharu – Gombak: Operasi seawal Disember 2026
Setakat November 2024, Kementerian Pengangkutan Malaysia melaporkan yang ECRL telah 76.06% siap dan kemajuannya adalah mengikut jadual dan kerajaan berpuas hati dengannya.

Projek ECRL dibahagikan kepada 2 fasa:
Fasa 1
Menghubungkan Kota Bharu dengan Gombak. Fasa ini akan siap dan beroperasi seawal Disember 2026.
Fasa 2
Menghubungkan Gombak dengan Pelabuhan Klang. Fasa ini dijangka siap sebelum Disember 2027.
Infrastruktur rel ECRL terdiri daripada sistem trek tunggal yang diguna bersama oleh tren penumpang dan kargo. Ia juga direka supaya ada ruang untuk naik taraf pada masa akan datang kalau-kalau kapasiti mengangkut perlu ditingkatkan. Kemudian, sistem rel turut direka untuk kalis banjir supaya operasi tidak terganggu dalam musim tengkujuh.

Gerabak ECRL guna teknologi terkini
Kalau anda berminat untuk tahu, ECRL ini gunakan teknologi kereta api moden untuk angkut penumpang dan juga kargo.
Gerabak penumpang
- Gerabak penumpang adalah daripada jenis Electric Multiple Unit (EMU), enam gerabak dengan kapasiti 430 untuk setiap perjalanan. EMU bermaksud setiap gerabak ada motor elektrik yang menggerakkan tren berbanding sistem lama yang perlukan kepala tren sebagai penggerak.
- ECRL guna set tren CR200J-C, set tren yang sama digunakan untuk laluan Laos-China dan Tibet-China.
- Sambungan 4G menggunakan teknologi LTE-R pastikan Internet sentiasa ada.
- Kemudahan untuk OKU dan ruang solat juga disediakan.

Gerabak kargo
- Gerabak kargo akan dipacu lokomotif elektrik (e-loco). Unit pertama e-loco akan tiba di Malaysia lewat 2025.
Impak ECRL kepada sosio-ekonomi dan kepentingan kepada Malaysia
ECRL bukan sekadar projek infrastuktur. Ia juga merancakkan pertumbuhan ekonomi dan sosio-ekonomi setempat. Projek ini dijangka mewujudkan hampir 1,500 peluang pekerjaan untuk orang tempatan pada segi pengoperasian dan penyelengaraan servis.

Bagi tujuan tersebut:
- MRL bekerjasama dengan pihak China untuk perpindahan kepakaran teknikal
- Akademi Rel Pahang ditubuhkan untuk melatih kepakaran tempatan
ECRL juga direka dengan teliti untuk menhubungkan hab industri, pelabuhan, bandar, dan juga destinasi pelancongan. Rangkaian rel yang komprehensif ini akan:
- menambah baik perhubungan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia
- memperkasa rangkaian rel Malaysia
- pacu ekonomi serantu
Sumber: everythingRF, NST, Bernama