Kurma superfood Kurma superfood

Kurma: Superfood hebat, seribu satu manfaat

Kurma adalah makanan serba lengkap dan bernutrien tinggi. Ia bukan saja manis, malah banyak manfaat pada kesihatan. Sebelum Ramadan 2025 menjelang tiba, mari belajar manfaat kurma yang dihidangkan sewaktu anda berbuka nanti

Dalam sebiji kurma ada karbohidrat, serat makanan, protein, lemak, mineral, vitamin, antioksidan, dan enzim. Disamping profil nutrisi yang unik, kurma juga adalah sumber tenaga yang padu. Jom selongkar lebih mendalam kelebihan kurma sebagai superfood.

Kurma segar di dalam mangkuk

Karbohidrat: Sumber tenaga segera

Karbohidrat merangkumi sebahagian besar komposisi nutrisi kurma. Dilaporkan yang sebiji kurma mengandungi sehingga 88% karbohidrat. Hal ini bermakna dalam 100g kurma terdapat sehingga 88g karbohidrat.

Kumra segar di atas pokok

Sebagai perbandingan, berikut adalah beberapa jenis buah dengan maklumat karbohidrat per 100g:

  1. Belimbing – 7g
  2. Cempedak – 29g
  3. Durian – 27g
  4. Jambu Batu – 14g
  5. Naga – 13g
  6. Nangka – 24g
  7. Pisang – 23g
  8. Rambutan – 21g
  9. Strawberi – 7.7g
  10. Tembikai – 8g

Karbohidrat dalam kurma adalah gabungan beberapa gula semula jadi yang jadikannya sesuai sebagai sumber tenaga. Gula semulajadi tersebut adalah fruktosa dan sukrosa. Sewaktu hampir masak, sukrosa ini akan terpecah menjadi gula ringkas iaitu glukosa yang jadikannya lebih manis di lidah. Kurma segar boleh membekalkan kira-kira 157 kalori dalam setiap 100g hidangan sementara kurma kering mengandungi lebih 300 kalori.

Setandan kurma segar di pokok

Protein: Penting untuk pemulihan otot

Bergantung kepada varieti, kurma boleh mengandungi sehingga 7% protein, pelbagai jenis protein. Antaranya adalah 23 asid amino yang tiada dalam kebanyakan buah popular seperti oren dan epal. Proetin dalam bentuk glutamic dan aspartic asid juga hadir dalam kuantiti yang banyak. Semua protein-protein penting dalam penjanaan otot terutamanya pada segi pemulihan dan juga metabolik.

Kurma dimakan bersama kekacang

Lemak: Minimum tapi penting

Isi kurma mengandungi kurang daripada 0.5% lemak sementara bijinya mengandungi sehingga hampir 10% lemak. Lemak di dalam kurma terdiri daripada asid lemak seperti asid laurik, oleic, dan palmitik. Gabungan ketiga-tiga asid lemak ini berikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan.

Contohnya, asid laurik ada sifat antimikrobial yang kuat menentang bakteria gram-positif, fungi dan virus. Selain itu, ia tidak menyumbang kepada lemak dalam badan kerana ia terus diproses menjadi tenaga segera di hati (Dayrit, 2014). Asid oleik pula mengurangkan paras kolestrol dalam badan dan ada sifat anti-inflammatory sementara asid palmitik ada fungsi penting dalam palmitoylation iaitu penghasilan membran protein.

Penjual kurma di pasar

Serat makanan: Kurma pelihara kesihatan penghadaman

Sehingga hampir 12% isi kurma terdiri daripada serat makanan. Di dalamnya ada campuran serat larut dan tak larut air seperti selulosa, hemiselulusoa, pectin, dan lignin. β-D-Glucan pula didapati mempunyai sifat antibarah. Selain itu, dikatakan yang 100g kurma menyumbang kepada keseluruhan saranan pengambilan serat makanan sehari dalam menjaga sistem penghadaman.

Kurma dimasukkan dalam milkshake

Kurma antara makanan paling kaya zat

Kalau taknak makan vitamin tambahan, kurma adalah pengganti semula jadi yang terbaik. Ia sekurang-kurangnya ada 15 jenis mineral penting seperti kalium, magnesium, besi, kalsium, fosforus, dan zink. Tinggi kalium dan rendah sodium menjadikannya sesuai untuk kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah. Dikatakan yang kurma mengandungi sehingga 11 kali ganda lebih banyak zat berbanding buah-buahan biasa. Vitamin C juga kaya dalam kurma, tapi kandungannya berkurangan sekiranya dikeringkan.

Kurma sedap diminum bersama susu

Antioksida dan phytokimia: Kurma lindungi daripada penyakit kronik

Kurma juga kaya dengan antioksida dan fikotikimia. Kedua-duanya melindungi sistem badan daripada radikal bebas serta penyakit kronik. Antara phytokimia yang boleh ditemukan adalah seperti carotenoids, phenolics, flavonoids, dan antocyanns terutamanya pada biji kurma. Antioksida pula boleh mengurangkan rengsa dan menyokong kesihatan jantung.

Kurma diolah menjadi kek yang lazat

Kurma: Makanan berharga

Kurma lebih sekadar penyeri sewaktu buka puasa bulan Ramadan. Ia mengandungi seribu satu manfaat kesihatan. Tak kiralah sama ada dimakan segar ataupun kering, ia tetap ada segala nutrisi penting, tenaga, dan elemen-elemen pelindung daripada penyakit kronik. Sertakan kurma dalam gizi harian anda untuk memeliharan kesihaan badan.

Beli kurma bermutu tinggi melalui Ariha Trading di Lazada dan Shopee.

Rujukan

  1. Al-Farsi, M., Alasalvar, C., Al-Abid, M., Al-Shoaily, K., Al-Amry, M., & Al-Rawahy, F. (2007). Compositional and functional characteristics of dates, syrups, and their by-products. Food Chemistry, 104(3), 943–947. https://doi.org/10.1016/j.foodchem.2006.12.051
  2. Al-Gboori, B., & Krepl, V. (2010). Importance of date palms as a source of nutrition. Agricultura Tropica Et Subtropica, 43(4), 341–347. https://www.cabdirect.org/abstracts/20113091826.html
  3. Ayad, A. A., Williams, L. L., El-Rab, D. A. G., Ayivi, R., Colleran, H. L., Aljaloud, S., & Ibrahim, S. A. (2020). A review of the chemical composition, nutritional and health benefits of dates for their potential use in energy nutrition bars for athletes. Cogent Food & Agriculture, 6(1), 1809309. https://doi.org/10.1080/23311932.2020.1809309
  4. Ibrahim, S. A., Ayad, A. A., Williams, L. L., Ayivi, R. D., Gyawali, R., Krastanov, A., & Aljaloud, S. O. (2020). Date fruit: a review of the chemical and nutritional compounds, functional effects and food application in nutrition bars for athletes. International Journal of Food Science & Technology, 56(4), 1503–1513. https://doi.org/10.1111/ijfs.14783
  5. Vayalil, P. K. (2011). Date Fruits (Phoenix dactylifera Linn): an emerging medicinal food. Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 52(3), 249–271. https://doi.org/10.1080/10408398.2010.499824