Penganalisis menjangkakan yang dividen pelaburan Tabung Haji 2024 adalah sekitar 3.1% hingga 3.5%. Ia kenyataan daripada Professor Emeritus Dr. Berjoyai Bardai, Provost di Malaysia University of Science & Technology (MUST).

Angka tersebut memang berlegar untuk pemberian dividen sejak 2020 lagi. Ia sebahagian besarnya berpunca daripada strategi pelaburan Tabung Haji yang lebih konservatif bagi memastikan keselamatan dana pendeposit yang setakat 2023 berjumlah lebih RM89 billion.

Strategi pelaburan Tabung Haji lebih terarah kepada instrumen kewangan seperti bon kerajaan, deposit tetap, dan pasaran dana yang berisiko rendah. Sungguhpun pulangan lebih rendah, instrumen jenis ini dikatakan berikan pulangan yang lebih mudah dijangka dan konsisten. Sebagai perbandingan, institusi pelaburan gergasi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) memilih portfolio yang lebih risikonya untuk pulangan yang lebih tinggi.

Berbalik kepada dividen Tabung Haji, 3.1% adalah dividen yang diberikan mereka kepada pendeposit untuk tahun kewangan 2020, 2021, 2022 dan 2023 dan selain daripada itulah angka untuk 2025, ia juga dilihat sebagai pulangan yang boleh pendeposit jangkakan untuk beberapa tahun yang akan datang.

Dividen Tabung Haji 2023 diumum 2 April 2024
Untuk rujukan, dividen Tabung Haji untuk tahun kewangan 2023 diumumkan pada 2 April 2024. Pendeposit menerima kadar pulangan 3.10% selepas ditolak zakat sebanyak 2.57%.
Agihan tersebut melibatkan dana sebanyak RM2.72 billion yang melibatkan lebih 9.15 juta pendeposit. Sebagai perbandingan, dividen tahun 2022 juga berada pada 3.10% tetapi melibatkan dana RM2.65 billion dan 8.80 juta pendeposit. Setakat tahun 2023, Tabung Haji memiliki lebih 9.15 juta pendeposit dan angka tersebut menaik saban tahun.

Bilakah dividen Tabung Haji 2024 akan diumum? Berkemungkinan dalam bulan April nanti. Dividen tiga tahun sebelum ini diumumkan seperti berikut:
- Dividen 2023 – 02 April 2024
- Dividen 2022 – 28 April 2023
- Dividen 2021 – 23 Februari 2022
Sumber: Utusan, Laporan Tahunan Tabung Haji 2023