Selamat tahun baru 2025. Buat yang sedang mencari pelan prabayar apa yang sesuai untuk bajet, silalah baca artikel ini sampai habis. Saya senaraikan semua pelan Internet prabayar yang ada tempoh sah 30 hari daripada telco ini:
- CelcomDigi
- Hotlink
- U Mobile
- Unifi Mobile
- Yes 5G
Pas Internet prabayar CelcomDigi 5G Biru Kuning
CelcomDigi terbahagi kepada dua iaitu CelcomDigi Prepaid 5G Biru dan juga CelcomDigi Prepaid 5G Kuning. Jadi, tak harianlah CelcomDigi mendominasi senarai ini dengan penawaran pas Internet prabayar terbanyak.

Pas Internet prabayar termurah mereka adalah bernilai RM25. Pek CelcomDigi Prepaid 5G Kuning berikan akses Internet berkelajuan tinggi manakala Biru berikan akses Internet tanpa had.
Tapi, anda jangan tak tau, Internet tanpa had pek Biru adalah unik. Untuk 15GB pertama, anda nikmati capaian pada kelajuan 100Mbps yang boleh dianggap sebagai kelajuan tinggi. Selepas takat 100Mbps itu, kelajuan turun kepada 3Mbps untuk 80GB yang seterusnya. Nampak macam gabungan Internet berkelajuan tinggi biasa dengan Internet tanpa had.
Satu lagi penawaran menarik CelcomDigi adalah prabayar yang bundle sekali dengan servis penstriman. Untuk pek Biru, pelanggan boleh dapatkan pelan:
- SpeedStream VIU 44
- SpeedStream IQIYI 47
- SpeedStream Disney+ Hostar 59
Layari laman rasmi prabayar CelcomDigi untuk maklumat lanjut.
Pas Internet prabayar Hotlink
Pas Internet prabayar Hotlink terbahagi kepada dua iaitu Pantas dan Unlimited.
- Hotlink Internet prabayar Pantas – capaian berkelajuan tinggi
- Hotlink Internet prabayar Unlimited – kuota tanpa had dengan FUP

Pelan seperti Pantas 25, 35, dan 60 ada kuota khas tambahan untuk capaian 5G disamping kuota asas. Contohnya pelan paling mahal, Pantas 60 berikan anda kuota 70GB untuk 4G/5G dan kuota tambahan 30GB untuk 5G sahaja. Lebih menarik, ia juga ada fungsi Roam Like Home iaitu data boleh guna untuk roaming di Singapura, Indonesia, dan Thailand.
Layari laman rasmi prabayar Hotlink untuk maklumat lanjut.
Pas Internet prabayar U Mobile
U Mobile ada empat pilihan Internet prabayar dengan tempoh sah 30 hari. Semuanya adalah Internet tanpa had dengan FUP. Beza antara mereka adalah paras FUP, kelajuan Internet, dan kuota hotspot.

U Mobile Prepaid 25 misalnya berikan capaian Internet 6Mbps dengan FUP sebanyak 40GB. Pelanggan juga terima kuota hotspot tambahan sebanyak 3GB. Pelan paling mahal iaitu U Prepaid 50 dapat kelajuan Internet 24Mbps dan FUP 200GB. Setiap hari minggu pula, pelanggan nikmati kelajuan dan kuota tanpa had.
Layari laman rasmi prabayar U Mobile untuk maklumat lanjut.
Pas Internet prabayar Unifi Mobile
Unifi Mobile melalui Uni5G mereka ada tiga pas Internet iaitu:
- UNI5G WOW 25
- UNI5G WOW 35
- UNI5G WOW 50

Satu ciri unik UNI5G ialah ia ada Data Rollover yang bermakna data yang tak habis digunakan pada bulan itu boleh dibawa kedepan. Dua pas yang lebih mahal iaitu RM35 dan RM50 berikan kuota asas sehingga 70GB. Namun, kelajuan capain 4G dihadkan kepada 7Mbps sahaja.
Layari laman rasmi prabayar Unifi Mobile untuk maklumat lanjut.
Pas Internet prabayar Yes 5G
Yes 5G berikan pelan Internet prabayar tanpa had yang ringkas mekaniknya. RM30 berikan anda kuota tanpa had tanpa FUP keras. Anda beroleh kelajuan 5G penuh sementara kelajuan capaian 4G dihadkan kepada 7Mbps.

Layari laman rasmi prabayar Yes 5G untuk maklumat lanjut.
Kompilasi
Berikut adalah kompilasi semua penawaran Internet prabayar dengan tempoh sah 30 hari yang disusun daripada harga terendah sehingga harga paling tinggi untuk semua telco utama.
