Kompilasi broadband 5G Malaysia 2025 Kompilasi broadband 5G Malaysia 2025

Kompilasi semua pelan broadband 5G utama Malaysia 2025

5G masa ini semakin meluas cakupannya. Maka, broadband 5G kini dilihat sebagai alternatif kepada sambungan jalur lebar tetap kerana ada beberapa kelebihan. Paling utama adalah tahap portability yang tinggi kerana ia bersambung dengan Internet menggunakan gelombang radio. Kemudian, kelajuannya kini setanding dengan jalur lebar tetap.

Kompilasi semua pelan broadband utama Malaysia 2025

Jadi dalam artikel ini, saya senaraikan semua pilihan broadband 5G yang anda ada untuk dipertimbangkan.

Broadband 5G termurah dan termahal

Broadband 5G yang termurah boleh anda dapatkan adalah pada harga RM58 daripada Yes 5G diikuti dengan U Mobile dan Maxis masing-masing RM68/bulan dan RM69/bulan. Pelan termurah yang tawarkan router bersama adalah U Mobile U Home 5G RM68/bulan.

Daripada segi spesifikasi, rata-rata berikan kuota yang agak banyak kecuali Maxis Hoe Wifi 69 yang peruntukkan 150GB data sahaja.

CelcomDigi 5G Home WiFi

CelcomDigi tawarkan pelan jalur lebar 5G pada harga serendah RM69.

Itu adalah harga promo apabila anda lakukan pendaftaran dalam talian dan anda seorang pelanggan pascabayar CelComDigi. Jika tidak, harga langganan anda adalah RM149. Pelan ini didatangkan dengan router 5G dan ditambat pada kontrak selama 24 bulan.

Broadband 5G daripada CelcomDigi

Dua lagi pilihan adalah langganan pelan sahaja yang masing-masing ditawarkan pada harga RM79 untuk 12 bulan kontrak (pelanggan pascabayar CelcomDigi sahaja) sementara RM99 untuk langganan tanpa kontrak.

Broadband 5G daripada CelcomDigi

Berdasarkan T&C CelcomDigi, FUP untuk CelcomDigi 5G Home WiFi adalah sebanyak 1TB.

Untuk pelan kontrak 24 bulan dengan router 5G, ada kemudahan add-on devices dan perkhidmatan yang tawarkan barangan seperti:

  • Microsoft PC Game Pass
  • Langganan Sooka Premium
  • Samsung Neo QLED 4K Smart TV 65”
  • Samsung Neo QLED 4K Smart TV 75”
  • Samsung Crystal UHD 4K Smart TV 65”
  • Samsung Crystal UHD 4K Smart TV 75”
  • PS5 Digital Edition (Slim)

Layari laman rasmi CelcomDigi 5G Home WiFi untuk maklumat lanjut.

Maxis 5G Home Wifi

Maxis 5G Home Wifi ditawarkan dalam tiga perisa

  • Maxis 5G Home Wifi 69 dengan kuota 150GB (5G/4G) untuk RM69/bulan
  • Maxis 5G Home Wifi 99 dengan kuota tanpa had tapi kelajuan dihadkan 100Mbps untuk RM99/bulan
  • Maxis 5G Home Wifi 139 dengan kuota dan kelajuan tanpa had untuk RM139/bulan
Broadband 5G daripada Maxis

Sekiranya anda bersetuju untuk ditambat pada kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan, anda akan dibekalkan dengan router 5G secara percuma sepanjang langganan. Buat yang berminat, Sooka TV juga boleh dilanggan pada harga istimewa.

Pelanggan Maxis 5G Home Wifi 139 turut nikmati kemudahan Zerolution sehingga 36 bulan untuk dapatkan produk seperti:

  • iPad 10.9” (10th Gen)
  • Dyson Airwrap multi-styler Complete Long
  • Dyson Purifier Cool Gen 1 air purifier TP10
  • Dyson V8 Absolute
  • Samsung 65″ 4K UHD Smart TV with Tizen

Anda boleh layari laman rasmi Maxis 5G Home Wifi untuk maklumat lanjut.

U Mobile U Home 5G

Ada 3 pilihan U Mobile U Home 5G untuk dipertimbangkan iaitu:

  • U Home 5G (SIM + Router) – RM68/bulan
  • U Home 5G (SIM sahaja) – RM68/bulan
  • U Home 5G (SIM sahaja x Sooka) – RM98/bulan
Broadband 5G daripada U Mobile

Secara efektifnya, U Mobile hanya ada dua penawaran sahaja iaitu penawaran dengan router dan tanpa router. Pilihan ketiga bersifat seperti add-on iaitu anda perlu tambah langganan Sooka kepada langganan RM68/bulan anda. FUP untuk U Mobile U Home 5G adalah 1TB. Akhir sekali, langganan dengan router akan ditambat pada kontrak selama 24 bulan.

Anda boleh layari laman rasmi U Mobile U Home 5G untuk maklumat lanjut.

Unifi Air 5G

Unifi Air tawarkan hanya satu pilihan iaitu bersama-sama router pada harga RM149/bulan dengan kontrak selama 24 bulan. Ia menjadikan penawaran Unifi Air paling ringkas dalam kalangan telco yang dipetik dalam artikel ini.

Broadband 5G daripada Unifi Mobile

Anda boleh layari laman rasmi Unifi Air 5G untuk maklumat lanjut.

Yes 5G

Yes 5G tawarkan wireless broadband dalam beberapa konfigurasi. Pelan gateway boleh dilanggan pada harga serendah RM75/bulan (RM99/bulan untuk bukan pelanggan Yes sedia ada) dan diberikan router 5G percuma dengan kontrak 24 bulan. Sekiranya inginkan tempoh kontrak lebih pendek, kontrak 12 bulan disediakan dan kalau anda nak router 5G, harganya adalah RM299.

Broadband 5G daripada Yes 5G

Pilihan tanpa kontrak pun ada iaitu Yes 5G Wireless Broadband Flexi. Menariknya tawaran Yes 5G adalah 7 Days Return Policy. Ia bermakna pelanggan boleh batalkan kontrak dalam masa 7 hari selepas pendaftaran.

Sooka Premium juga boleh dilanggan di bawah pelan Yes 5G Wireless Broadband. Anda boleh layari laman rasmi Yes 5G untuk maklumat lanjut.