Saya ada satu lampu suluh yang nak saya kongsi dengan anda. Ia adalah lampu suluh Xiaomi yang di Beijing, China di baru-baru ini.

Harganya adalah CNY99 (~RM62) tapi di Malaysia harganya RM99. Mungkin lepas penjual lakukan segala macam markup. Link beli saya letak dekat penghujung artikel ini.

Lampu suluh Xiaomi ini ada dua butang. Butang pertama adalah untuk ON/OFF ataupun bila lampu hidup, butang yang sama diguna untuk ubah tahap kecerahan lampu. Butang kedua adalah untuk tukar mode lampu.
Persoalannya seterusnya baguskan lampu suluh Xiaomi ini? Jom kita pergi ke tempat gelap.
Untuk fungsi suluh, lampu ini ada tiga tahap kecerahan. Kita mula dengan 100, 500, dan 1000 lumen.



Bukan tu saja, selain jadi lampu suluh, ia juga ada fungsi tanglung.

Fungsi ini sesuai bila nak terangi ruang keliling dan tak berapa silau. Ada dua mode utama bawah mode tanglung tadi, satu lampu statik yang ada dalam tiga warna. Cool, Warm, dengan Daylight.

Mode yang kedua ialah lampu breathing macam lilin.

Mode tanglung ini berikan corak lampu yang lebih tersebar. Contohnya untuk letak atas meja ataupun gantungkan di bumbung khemah. Kalau pegang macam obor api pun boleh juga. Itu bahagian lampu.

Untuk kualiti, macam biasalah, ini produk Xiaomi. Pastinya ia value for money. Badannya daripada besi dan rekaannya minimalis. Perkara yang kurang menarik adalah badannya licin dan tak bertekstur sebabkan cengkaman waktu memegang jadi kurang. Kalau pakai sarung tangan, terasa macam boleh terlepas tiba-tiba.

Kemudian, walaupun badannya besi, loop penyangkut dekat bahagian atas gunakan materi plastik sahaja. Aangkah bagus kalau loop itu juga diperbuat daripada bahan yang sama dengan badannya.

Cerita pasal kukuh, IP rating lampu suluh ni pada IP65 sahaja. Dalam hujan masih boleh guna tapi tak disarankan selam dalam air. Berdasarkan helaian spesifikasi, ia dikatakan ada bateri sebesar 3,100mAh dan boleh beroperasi selama sehingga 30 jam. Saya rasakan itu adalah tetapan kecerahan yang paling minimum.

Baiklah sekian saya laporan tentang lampu suluh berjenama Xiaomi ini. Nak tahu apa-apa, turunkan dalam ruangan komen.
Jom beli lampu suluh Xiaomi 1000lm