Saya sedang pilih laptop untuk gantikan yang sudah berusia, sedia ada ini. Kalau anda juga sedang mencari, mari saya kongsikan nota-nota kajian saya. Saya mulakan dengan mencari CPU yang sesuai kerana komponen ini penting untuk prestasi, hayat bateri, dan future-proofing. Intel dan AMD masing-masing ada produk menarik untuk 2025. Intel Core Ultra Series 2 tawarkan hayat bateri super panjang manakala AMD Ryzen AI 300 ada NPU berkuasa tinggi. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.
Penawaran CPU Intel untuk laptop 2025
Dalam bulan Disember 2023, Intel telah mengumumkan barisan produk baharu dalam keluarga Core Ultra dan sekali gus mengubah tatacara penamaan produk mereka selepas ini. Skema penamaan tak lagi gunakan abjad “i” dan satu subkeluarga baru diwujudkan iaitu “Core Ultra” yang merujuk pada kehadiran teras NPU untuk kerja-kerja AI.
Bermula tarikh tersebut juga, Intel berhenti merujuk pada penghasilan mereka mengikut generasi sebaliknya menggunakan nombor siri. Berikut adalah CPU Intel yang perlu anda buru untuk laptop tahun 2025:
- Intel Core Series 1
- Intel Core Ultra Series 1
- Intel Core Series 2
- Intel Core Ultra Series 2
Core Series 1 (Raptor Lake)
Core Series 1 adalah refresh kepada CPU Gen-13 Intel sedia ada dengan perubahan minimum. Pemerhati melihat ini sebagai pemeriah pasaran sahaja dan ditujukan kepada segmen laptop nipis yang harga patut. Ciri daripada generasi lepas yang dibawakan adalah seperti sokongan Thunderbolt 4, Wi-Fi 6E, dan PCIe 4.0.
Berikut adalah senarai ahli Core Series 1:
- Core 7 150U
- Core 5 120U
- Core 3 100U
Layari laman rasmi Intel Core Series 1 untuk maklumat lanjut.
Core Ultra Series 1 (Meteor Lake)
Intel Core Ultra Seires 1 diperkenalkan dalam penghujung 2023. Antara pembaharuan dibawakan adalah penggunaan teras berlainan seni bina. Contohnya, teras berprestasi tinggi (P-Core) daripada Redwood Cove manakala teras cekap tenaga (E-Core) gunakan menggunakan Cresmont.
Intel juga memperkenalkan NPU di dalam cip ini untuk berikan prestasi sehingga 11 TOPS ataupun sehingga 34 TOPS jika GPU turut bekerjasama lakukan pengiraan AI. Untuk varian 1XXH, ia menyokong sehingga 8 jalur PCIe 5.0 untuk lebih banyak komponen disambungkan.
Berikut adalah senarai ahli Core Ultra Series 1:
- Core Ultra 9 185H
- Core Ultra 7 165H
- Core Ultra 7 155H
- Core Ultra 7 165U
- Core Ultra 7 155U
- Core Ultra 5 135H
- Core Ultra 5 125H
- Core Ultra 5 135U
- Core Ultra 5 125U
- Core Ultra 5 115U
Layari laman rasmi Intel Core Ultra Series 1 untuk maklumat lanjut.
Core Series 2 (Raptor Lake)
Core Series 2 adalah CPU laptop yang bakal Intel lancarkan dalam masa terdekat iaitu suku pertama tahun 2025. Maka dengan sebab itu, maklumat berkaitannya masih lagi tandus buat masa ini. Tapi bila ia dilancarkan kelak, apa yang kita tahu adalah ia masih guna pakai mikro senibina Raptor Lake, sama dengan Core Series 1. Jadi, jangkakan perubahan yang minimum antara mereka.
Walau apapun, berikut adalah senarai CPU Core Series 2 yang telah disahkan:
- Core 9 270H
- Core 7 250U
- Core 7 250H
- Core 7 240H
- Core 5 220H
- Core 5 210H
- Core 5 220U
Layari laman rasmi Intel Core Series 2 untuk maklumat lanjut.
Core Ultra Series 2 (Lunar Lake)
Core Ultra Series 2 adalah barisan CPU terbaharu dan yang paling berkuasa daripada Intel setakat ini. Intel gunakan seni bina serba baharu untuk bolehkan Core Ultra Series 2 dapatkan prestasi 80% lebih tinggi per thread, berbanding generasi lama walaupun dengan bilangan teras yang kurang.
GPU juga telah dinaik taraf ke Xe2 untuk prestasi grafik lebih baik manakala teras NPU kini diintegrasikan terus di atas cip dan boleh memproses tugasan AI pada kadar sehingga 48 TOPS berbanding kurang daripada 20 TOPS sebelum ini.
Perkara yang paling dibanggakan Intel adalah kecekapan tenaganya cip ini mampu berikan waktu guna laptop sehingga 20 jam, setanding dengan laptop berasaskan CPU ARM, contohnya yang diperkasa Snapdragon X Elite dan Apple M4
Baca lebih lanjut Core Ultra Series 2
Berikut adalah senarai ahli keluarga Core Ultra Series 2
- Core Ultra 9 288V (Lunar Lake)
- Core Ultra 9 285HX
- Core Ultra 9 275HX
- Core Ultra 9 285H
- Core Ultra 7 268V (Lunar Lake)
- Core Ultra 7 266V (Lunar Lake)
- Core Ultra 7 265U
- Core Ultra 7 268V
- Core Ultra 7 256V (Lunar Lake)
- Core Ultra 7 255U
- Core Ultra 5 235U
- Core Ultra 5 225U
- Core Ultra 7 265HX
- Core Ultra 7 255HX
- Core Ultra 7 265H
- Core Ultra 7 255H
- Core Ultra 5 238V (Lunar Lake)
- Core Ultra 5 236V (Lunar Lake)
- Core Ultra 5 235H
- Core Ultra 5 228V
- Core Ultra 5 226V (Lunar Lake)
- Core Ultra 5 225H
- Core Ultra 5 245HX
- Core Ultra 5 235HX
Layari laman rasmi Intel Core Ultra Series 2 untuk maklumat lanjut.
Penawaran CPU AMD untuk laptop 2025
Daripada ketuhar AMD, ada 3 keluarga CPU boleh anda cerap untuk laptop anda yang saya rasakan ngam untuk tahun 2025. Dua keluarga pertama adalah siri Ryzen 7040 dan satu lagi Ryzen 8000 yang gunakan senibina Zen 4. Keluarga terbaru daripada CPU laptop adalah yang gunakan Zen 5 untuk siri Ryzen 9000.
Jadi, CPU yang perlu anda cari dan sesuai untuk laptop 2025 ialah:
- Ryzen 7040
- Ryzen 8040
- Ryzen AI 300
Siri Ryzen 7040
Bermula dengan siri Ryzen 7040. Siri ini dilancarkan dalam tahun 2023. Ia dibangunkan atas senibina Zen4 dan mengguna pakai proses TSMC N4 FinFET. Berbanding generasi lepas, siri ini membawkaan sokongan RAM DDR5-5600 ataupun LPDDR5X-7500 yang lebih pantas.
Selain itu, bahagian GPU telah dinaik taraf kepada RDNA3 disamping ada varian yang diberikan teras XDNA AI untuk mengendalikan tugasan berasaskan AI.
Antara model yang boleh anda cari adalah seperti:
- Ryzen 9 7940HS
- Ryzen 9 7940
- Ryzen 7 7840HS
- Ryzen 7 7840H
- Ryzen 7 7840U
- Ryzen 5 7640HS
- Ryzen 5 7640H
- Ryzen 5 7640U
- Ryzen 5 7545U
- Ryzen 5 7540U
- Ryzen 3 7440U
Layari laman rasmi Ryzen 7040 untuk maklumat lanjut.
Siri Ryzen 8040
Siri Ryzen 8040 dilancarkan pada akhir tahun 2023 untuk laptop-laptop tahun 2024. Ia masih lagi mengguna pakai Zen4 dengan satu naik taraf di bahagian teras iaitu penggunaan Zen4c di beberapa bahagian usaha mempertingkat kecekapan tenaga.
Kemudian, teras XDNA AI pula jadi 60% lebih berkuasa, mampu memproses tugasan AI pada kadar 16 TOPS. Siri ini juga turun bawakan sokongan USB4 secara natif.
Ahli keluarga Ryzen 8040 ialah:
- Ryzen 9 8945HS
- Ryzen 7 8845HS
- Ryzen 7 8840HS
- Ryzen 7 8840U
- Ryzen 5 8645HS
- Ryzen 5 8640HS
- Ryzen 5 8640U
- Ryzen 5 8540U
- Ryzen 3 8440U
Layari laman rasmi Ryzen 8040 untuk maklumat lanjut.
Siri Ryzen AI 300
Benar, AMD telah tukar tatacara penamaan produk mereka untuk generasi selepas Ryzen 8040. Produk tebaharu mereka adalah siri Ryzen AI 300. Melangkaui generasi, memang prestasi yang nyata lebih baik katanya dibawakan pada produk kali ini. Pertama sekali ia gunakan senibina Zen5 yang baharu disamping RDNA 3.5 untuk GPU.
Bahagian AI juga telah dinaik taraf secara ketara. Dengan XDNA 2 AI, kadar pemerosesan AI peroduk ini menokok sehingga paras 55T TOPS. Ada dalam kalangan ahli CPU ini diberikan tanda PRO menandakan ia ada ciri penyulitan data yang lebih canggih, namun pada segi lain, ia sama sahaja dengan yang biasa.
Ahli-ahli keluarga Ryzen AI 300 adalah seperti berikut:
- Ryzen AI 9 HX 375
- Ryzen AI 9 HX 370
- Ryzen AI 9 365
- Ryzen AI 7 PRO 360
- Ryzen AI 7 350
- Ryzen AI 5 340
Layari laman rasmi Ryzen AI 300 untuk maklumat lanjut.
Contoh laptop baik tahun 2025
Intel Core Series 1
Intel Core Ultra Series 1
Intel Core Series 2
Intel Core Ultra Series 2
Ryzen 7040
Ryzen 8040
Ryzen AI 300
Adakah anda rasa artikal ini berguna dan ingin diteruskan kepada cara kenal pasti RAM, GPU, SSD, dan lain-lain, cuba komen di bawah.