Ramadan 2025 penuh berkat Ramadan 2025 penuh berkat

Ramadan 2025: 5 aplikasi wajib ada untuk telefon anda

Umat Islam di Malaysia akan sambut Ramadan 2025 seawal 2 Mac 2025 ini. Adakah anda bersedia untuk laksanakan ibadat ini? Kalau belum, periksa sama ada telefon anda 5 aplikasi berikut yang boleh licinkan perjalanan puasa anda.

Great Quran untuk tadarus Ramadan

Aplikasi al-Quran ini adalah percuma dan bebas iklan. Ia adalah inisiatif wakaf daripada pertubuhan Waqf Al Rajhi. Selain Quran, ia juga ada fungsi tafsir dalam bahasa Arab, Inggeris, dan Perancis. Anda juga boleh dengar bacaan al-Quran terus daripada dalam aplikasi.

Aplikasi Great Quran untuk tadarus

Aplikasi ini menerima pengiktirafan daripada Al-Azhar Ash-Sharif.

  • Muat turun Great Quran untuk Android
  • Muat turun Great Quran untuk iOS

Alarmy untuk kejut sahur

Aplikasi alarm ini memang ngam dengan kaki tidur. Ia bukan sekadar penggera biasa kerana bila alarm berbunyi, ia tidak boleh dimati ataupun di-snooze-kan guna cara biasa.

Alarmy pastikan subuh anda tak lewat

Sebaliknya, anda perlu selesaikan tugasan tertentu seperti matematik, menulis, ataupun permainan memori. Makanya, anda terpaksa celik dan segar untuk matikan alarm atau ia akan terus mengganggu tidur anda.

  • Muat turun Alarmy untuk Android
  • Muat turun Alarmy untuk iOS

Mathurat sebagai pengayaan sunnah

Al-Mathurat adalah koleksi zikir harian dan ia adalah sunnah seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Al-Mathurat dihimpunkan oleh Imam Hasan Al-Banna berdasarkan sumber-sumber yang sahih. Mathurat hadir dalam dua versi iaitu Sughra (Pendek) dan Kubra (Panjang).

al-Mathurat bantu perkaya pahala bulan Ramadan

Membaca al-Mathurat mampu menenangkan jiwa, perkuatkan iman, dan menyuburkan amalan.

  • Muat turun al-Mathurat untuk Android
  • Muat turun al-Mathurat untuk iOS

MYTV ManaMana, tonton TV sementara berbuka

Kalau anda berbuka puasa di luar, tentu bosan tunggu di hadapan makanan tak buat apa-apa. Baisanya bulan puasa ada tayangan Jejak Rasul ataupun drama menarik. Cuba pasang aplikasi MYTV ManaMana kerana ia percuma dan anda boleh layan TV live.

Tonton TV sewaktu tunggu berbuka MyTV ManaMana
  • Muat turun MYTV ManaMana untuk Android
  • Muat turun MYTV ManaMana untuk iOS

Waktu solat Malaysia untuk tahu waktu berbuka

Aplikasi waktu solat ada banyak. Tapi perlu anda berhati-hati untuk ia gunakan rujukan waktu daripada pihak berkuasa bertauliah Malaysia, iaitu JAKIM. Apliaksi Waktu Solat Malaysia daripada media prima digital mengguna pakai maklumat sahih dan boleh dipercayai.

Cari waktu solat guna aplikasi media prima digital

Selain waktu solat, ia juga ada fungsi notifikasi azan dan penunjuk arah kiblat.

  • Waktu solat Malaysia untuk Android
  • Waktu solat Malaysia untuk iOS