computex taipei 2025 computex taipei 2025

COMPUTEX 2025: Ini cara untuk sertai sebagai orang awam

Computex 2025 dijadualkan berlangung antara 20 hingga 23 Mei 2025 ini. Lokasinya adalah seperti biasa iaitu di Taipei Nanggang Exhibition Center. Sekiranya anda melancong ke Taiwan pada ketika itu, apa kata anda lawati pameran tersebut.

AI adalah topik yang dijangka terus menjadi tema utama pameran perdagangan terbesar dunia untuk industri pengkomputeran. Untuk tahun 2025, Computex edisi kali ini mengguna pakai tema “AI Next”.

Orang awam boleh sertai Computex 2025

Kalau anda berada di kawasan sekitar, tiket masuk Computex 2025 boleh anda dapatkan pada harga TWD200 (~RM30) pada 23 Mei 2025. Tiket konsesi juga ada untuk warga emas dan OKU pada TWD100 (~RM15).

Perlu diingatkan yang kemasukan ke dewan pameran ada peraturan pemakaian. Tidak dibenarkan masuk sekiranya anda memakai selipar, flip-flops, sandal ataupun capal. Merokok juga tidak dibenarkan dan hanya yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan.

Kalau anda hadiri Computex untuk tujuan perniagaan, tempoh lawatan adalah antara 20 hingga 23 Mei 2025. Untuk itu, anda perlu lakukan pendaftaran dalam talian awal selewat-lewatnya 19 Mei 2025.

  • Pendaftaran di laman web Computex bawah Visitor > Pre-Registration
  • Akaun TAITRA diperlukan (percuma)
  • Selepas pendaftaran, kod QR dan nombor prapendaftaran akan dihantar di e-mel.
  • Bawa 2 bussiness card dan kod QR sewaktu mengambil lencana.

Pendaftaran di lokasi boleh dilakukan pada 19 hingga 23 Mei 2025.

Kenapa orang berebut nak pergi Computex?

Pameran dagang ini menghimpunkan semua yang baharu dalam dunia teknologi khususnya AI, pengkomputeran, dan teknologi pintar. Peserta akan beroleh maklumat terkini daripada pakar-pakar industri yang turut ada di sana.

Computex 2025: AI, robotik, dan lain-lain teknologi masa depan

Tiga teras utama yang bakal menjadi subjek utama Computex 2025 adalah:

  • AI & Robotik – Inovasi dalam AI, pengautomatan, dan pembelajaran mesin.
  • Teknologi masa depan – Solusi terbaharu dalam pengkomputeran awan, semikonduktor, dan perkakasan pintar
  • Pengangkutan masa depan – Penerokaan baru dalam industri automotif khususnya EV, pemanduan berautonomi, dan pengangkutan

Computex 2025 bakal tampilkan beberapa zone baharu iaitu:

  • AI Services Technology Zone
  • Robotics & Drone Zone
  • Intelligent Business Solutions Zone
  • System Integration Solution, and Gaming Zone.

Siapa buka reruai di Computex 2025?

Keluasan lantai pameran Computex 2025 adalah melebihi 80,000 meter persegi. Ia mengandungi lebih 1,400 pempamer yang membuka 4,800 reruai. Edisi kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah. Antara nama besar yang menyertai edisi 2025 adalah seperti ASUS, Acer, MSI, GIGABYTE, MediaTek, Intel, Foxconn, Pegatron, Realtek, dan ADATA.

Layari laman rasmi Computex 2025 untuk maklumat lanjut.