Kaki Shopee haul mesti dah tahu benda ini. Platform beli belah dalam talian itu kini kuat kuasakan Shopee Rewards. Ia adalah program kesetiaan yang berikan banyak manfaat ekslusif selari dengan berapa banyak dan berapa kerap anda berbelanja di Shopee. Jadi, macam mana mekanisme Shopee Rewards ini dan macam mana anda nak maksimumkan ganjaran dan sambar promo menarik? Baca sampai habis.
Apa itu Shopee Rewards?
Shopee Rewards adalah program kesetiaan berasaskan tingkat. Ia bermakna, lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak ganjaran yang akan diterima. Antara ganjaran yang menanti adalah seperti cashback voucher, diskaun free shipping, baucar ShopeeFood, dan juga khidmat pelanggan yang premium.
Cara periksa tier Shopee Rewards

- Pergi ke tab Me
- Tekan Rewards Tier Tag
- Periksa status Tier akaun
- Periksa manfaat Tier
- Pilih Tier
- Periksa manfaat setiap Tier
Penjelasan konsep tier Shopee Rewards
Seperti yang dikatakan tadi, Shopee Rewards terdiri daripada 4 tier. Bergantung kepada jumlah pembelian dan bilangan transaksi yang anda lakukan, salah satu daripada empat tier ini akan diberikan kepada akaun anda. Tier akan mengalami reset setiap 6 bulan.
Kitaran pertama adalah daripada Januari hingga June sementara kitaran kedua adalah daripada Julai hingga september. Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi untuk dapatkan tier yang ditetapkan dan nilai ganjaran yang anda akan terima.

Sebagai contoh, tier paling tinggi adalah Platinum. Nak dapatkan tingkat itu, kena lakukan pembelian sebanyak 50 kali berjumlah 4,000 dalam satu kitaran. Kalau dikira purata, anda kena buat pembelian sebanyak 8 kali bernilai RM80 setiap bulan selama 6 bulan untuk penuhi syarat-syarat Platinum.
Kemudian, bila dah dapat lencana Platinum, anda akan dapat ganjaran berjumlah sehingga RM2,000 dalam pelbagai bentuk seperti diskaun Free Shipping, Cashback voucher, Birthday Rewards, dan Shopee Food voucher.
Mekanisme penguatkuasaan tier Shopee Rewards
Semua akaun bermula dengan tier Classic. Apabila mana-mana syarat tier dipenuhi, ia akan terus diaktifkan tanpa perlu tunggu kitaran yang berikutnya. Lencana itu akan dibawa ke kitaran yang berikutnya. Walau bagaimanapun, sekiranya akaun tidak memenuhi syarat-syarat tier sedia ada, lencana akan diturun taraf pada kitaran yang berikutnya.
Lagi yang perlu diketahui adalah, pembelian barangan digital, Shopee games, Shopee Food, dan lain-lain pengecualian tidak akan menyumbang kepada progress Shopee Rewards.
Layari laman rasmi Shopee Rewards untuk maklumat lanjut.