th khairat th khairat

TH Khairat: Manfaat yang ramai pendeposit Tabung Haji tak tahu

Sebagai seorang pendeposit Tabung Haji (TH), tahukah anda yang TH ada sediakan pelan perlindungan Takaful yang mampu milik? Namanya TH Khairat dan objektifnya adalah untuk berikan kelegaan pada segi kewangan kepada orang tanggungan sekiranya berlaku kematian ataupun kecacatan kekal (TPD).

Apakah TH Khairat?

TH Khairat adalah skim pelindungan takaful patuh Shariah ekslusif untuk pendeposit TH. Ia berikan bantuan kewangan sehingga RM12,000 sekiranya berlaku kematian ataupun TPD dengan tambahan RM2,000 sedekah kepada badan kebajikan terpilih. Produk ini dikendalikan bagi pihak TH, oleh Syarikat Takaful Keluarga Berhad (STMKB) adan juga Hong Leong MSIG Takaful (HLMT).

Kenapa anda disaran langgan TH Khairat?

Ramai pendeposit TH bergantung kepada simpanan untuk capai matlamat kewangan mereka. Namun, apabila berlakukan perkara luar jangka, rancangan mereka terus terbantut. Di sini, TH Khairat memberikan:

  • perlindungan premium rendah: Hanya RM28/tahun, ditolak secara automatik daripada baki simpanan TH
  • bantuan kewangan: Bayaran tunai sekali gus sehingga RM12,000 kepada pemanfaat
  • perlindungan tambahan Haji: Sekiranya kematian berlaku sewaktu menunaikan Haji, bayaran digandakan kepada RM24,000
  • pendaftaran mudah: langganan melalui aplikasi THiJARI (aplikasi telefon/laman web)

Lebih menarik, pendeposit boleh melanggan sehingga 4 sijil TH Khairat, dua daripada STMKB dan 2 daripada HLMT untuk memaksimumkan perlindungan.

Siapa boleh langgan TH Khairat?

Pendeposit TH yang berumur 30 hari hingga 65 tahun boleh langgan TH Khairat. Sekiranya pendeposit memiliki lebih daripada 1 akaun, setiap daripada akaun itu boleh memiliki sehingga 4 sijil perlindungan daripada STMKB dan HLMT.

Perkara yang perlu diketahui:

  • Tiada tempoh menunggu untuk kematian mengejut
  • tempoh bertenang 3 bulan untuk kematian semula jadi/TPD
  • pembaharuan secara automatik dilakukan secara tahunan kecuali pendeposit berusia lebih 65 tahun ataupun baki tidak mencukupi
  • Tiada refund kalau polisi dibatalkan

Cara mendaftar TH Khairat

  1. Log masuk ke THiJARI (laman web, Android, iOS)
  2. Cari pilihan TH Khairat dan pilih operator takaful
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan

Layari laman rasmi TH Khairat untuk maklumat lanjut.