Touch ’n Go eWallet (TNG eWallet) ada satu fungsi baru yang mudahkan anda parking kereta. License Plate Recognition Parking (LPR Parking) bolehkan anda masuk bagunan tempat letak kereta dengan mudah tanpa perlu ambil tiket fizikal ataupun lakukan pembayaran tunai. Cuma perlu pandu masuk, dan pandu keluar sahaja.
Ini maklumat lanjut tentang LPR Parking TNG eWallet pada segi pengaktifan dan di mana nak guna.

Apakah LPR TNG eWallet
LPR TNG eWallet adalah solusi parking kenderaan yang gunakan teknologi pengecaman nombor pendaftaran kenderaan.
Bila tiba di pintu masuk, kamera akan terus kenl pasti kereta anda rekodkannya di dalam sistem. Bila keluar, sistem akan terus tolak bayaran tempat letak kereta daripada eWallet. Kelebihannya adalah pengguna tak perlu pergi ke mesin pembayaran ataupun buka aplikasi untuk lakukan pembayaran.
Cara aktifkan LPR Parking di TNG eWallet
Senang sahaja cara nak aktifkan LPR Parling. Ini langkah-langkahnya:
- Buka APP TNG eWallet dan cari tab “More” di bawah “My Favourite”
- Skrol ke bawah hingga pilihan “Transport”, tekan “Parking” dan tekan “LPR Parking”
- Tekan “Add Vehicle Now” dan masukkan butiran kenderaan
- Ikuti arahan di atas skrin dan sahkan dengan PIN 6 angka anda.
- Notifikasi pengesahan akan dipaparkan setelah selesai.
Perkara perlu anda tahu tentang LPR Parking TNG eWallet
- Tiada sebarang caj tambahan untuk LPR Parking. Kadar bayaran seperti yang dipaparkan operator tempat letak kenderaan.
- Telefon tidak diperlukan kerana pembayaran diproses di awan secara masa nyata.
- LPR Parking berfungsi walaupun telefon tiada sambungan Internet.
- Sekiranya baki eWallet tak cukup dan palang tak dibuka, kad TNG atau kaedah pembayaran lain boleh diguna untuk pembayaran.
- Sebanyak 10 kenderaan boleh didaftarkan untuk satu eWallet.
- Satu notifikasi akan dihatar terus ke telefon untuk setiap transaksi yang berjaya.
- Ciri LPR Parking boleh dimatikan sekiranya tidak mahu digunakan.

Lokasi LPR Parking TNG eWallet
- Kuala Lumpur
- Damansara City Mall
- Bukit Tunku (The Stories)
- Holiday Inn Express, Jln Raja Chulan
- Kapas Condominium, Bangsar
- Selangor
- Hospital Sultan Idris Shah (Serdang)
- Setia City Residences, Shah Alam
- Kossan Tower, Setia Alam
- Tamarind Square, Cyberjaya
- Ten Kinrara, Puching
- Lapangan Terbang Subang (L&H)
- Pulau Pinang
- Lot 710, Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng
- Sarawak
- RAIA Hotel & Convention Centre
Layari laman rasmi LPR Parking TNG eWallet untuk maklumat lanjut.