Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2025 (SHMMP). Ia berlangsung antara 24 Mac hingga 7 April 2025 ini. Jadi, bila anda shopping barang runcit untuk Aidilfitri, tengok-tengoklah harganya agar tak tertipu. Sebanyak 26 barangan runcit diletakkan
Senarai Barangan Harga Terkawal SHMMP Hari Raya Puasa 2025
Daging Lembu / Kerbau
- Daging Kerbau Import (Semenanjung, Sabah & WP Labuan sahaja)
- Daging Lembu Import (Sarawak sahaja)
- Daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang) (Semenanjung Sahaja)
Hasil Laut
- Ikan Aya @ Tongkol (1-2 ekor sekilogram) (Pahang, erengganu & Kelantan sahaja)
- Ikan Demudok / Sagai Cermin Cupak (3-5 ekor sekilogram) (Sabah sahaja)
- Ikan Kembung termasuk Ikan Mabung (8-12 ekor sekilogram)
- Ikan Selayang (8-12 ekor sekilogram)
Sayuran
- Kubis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Kubis Beijing)
- Sawi Hijau
- Timun
- Tomato
- Cili Merah
- Kacang Panjang
- Lobak Merah
Barang Kering
- Bawang Kuning Besar
- Bawang Merah Besar Import
- Bawang Merah kecil India
- Bawang Merah Kecil India (Ros)
- Bawang Putih (China)
- Ubi Kentang Import (China)
- Halia Tua Import
- Kacang Tanah
- Cili Kering Kerinting
- Kelapa Biji (Borong)
- Kelapa Parut (Runcit)
- Santan (Runcit)
Senarai harga barang runcit bawah SHMMP Hari Raya Puasa 2025


Laporkan peniaga yang ingkar arahan jualan barang runcit
Di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipecatutan (AKHAP) 2011, peniaga diwajibkan untuk:
- tidak menjual melebihi harga maksimum barangan harga terkawal
- letak tanda harga merah jambu (pink) bagi barangan harga terkawal
- memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran
- menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan

Tidak mematuhi mana-mana arahan tersebut, peniaga boleh dikenakan tindakan mengikut kesalahatan yang dilakukan.
- Jual lebih harga maksimum – Denda RM100,000 (individu) RM500,000 (syarikat) dan/atau penjara 3 tahun ataupun kompaun sehingga RM50,000 (individu) RM250,000 (syarikat)
- Tiada tanda harga merah jambu – Denda RM10,000 (individu) RM20,000 (syarikat) atau kompaun sehingga RM5,000 (individu) RM10,000 (syarikat)
- Tiada tanda harga merah jambu – Denda RM50,000 (individu) RM100,000 (syarikat) atau kompaun sehingga RM25,000 (individu) RM50,000 (syarikat)
Hubungi Kementeriam Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup
Anda boleh hubungi KPDN untuk menyalurkan maklumat melalui beberapa kaedah seperti berikut:
- WhatsApp 019-848 800
- e-Aduan KPDN: http//eaduan.kpdn.gov.my
- pusat panggilan 1-800886-00
- Aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN
Sumber: KPDN