Kaunter Tabung Haji Kaunter Tabung Haji

Dividen Tabung Haji tertinggi sejak 2018 – tapi kenapa tak boleh lawan KWSP & ASB?

Tabung Haji (TH) telah umumkan agihan keuntungan sebanyak 3.25% selepas zakat untuk tahun kewangan 2024. Keuntungan itu adalah paling tinggi dalam tempoh 7 tahun sebelum ini.

Walaupun ada peningkatan untuk kadar dividen, pendeposit masih musykil kenapa pulangan TH tak setanding dengan yang diberikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Peratusan pulangan cumalah secebis maklumat yang mungkin boleh ukir senyuman atau mengundang amarah. Namun, disebaliknya adalah strategi pelaburan yang direncana TH yang jadikannya masih jadi instrumen pelaburan utama pendeposit muslim di Malaysia.

Cara Kira Dividen Tabung Haji 2024 – Mudah & Jelas

Sultan Selangor titah TH bebas daripada campur tangan politik

Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengeluarkan titah supaya TH diuruskan sepenuhnya oleh professional tanpa ada campur tangan politik.

Menurut baginda, di bawah pengurusan sedia ada yang terdiri daripada cerdik pandai kewangan, TH telah pamerkan prestasi yang lebih utuh yang dibuktikan oleh kadar dividen yang tinggi.

Dividen Tabung Haji 2024: Tertinggi Dalam 7 Tahun

Menteri di Jabatan Pedana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar pula menyatakan pengukuhan kewangan TH disebabkan strategi pelaburan yang menjadi dan juga pengoptimuman kos yang dijalankan pihak TH.

Untuk tahun 2024 ini, TH mengagihkan RM2.92 billion keuntungan kepada 9.54 pendeposit. Sebagai maklumat tambahan anda, TH telah agihkan sejumlah RM45.79 billion keuntungan.

TH Khairat: Manfaat yang ramai pendeposit Tabung Haji tak tahu

4 faktor jadikan kewangan 2024 TH kukuh

  • Pulangan pelaburan yang lebih tinggi

50% daripada perolehan TH datang daripada instrumen pulangan tetap yang jadikan wang masuk lebih stabil. Kemudian, pasaran ekuiti pula menyumbang 35% hasil pelaburan dalam amanah saham di Bursa Malaysia. Menariknya 91.06% perolehan TH datang daripada pelaburan tempatan yang bermakna, manfaatnya turut dirasakan perniagaan di Malaysia yang terima suntikan dana daripada TH.

  • Pengukuhan ekonomi Malaysia

GDP Malaysia dilapor menokok 5.1% dalam tahun 2024 dipacu oleh permintaan domestik yang mengukuh. Pelaburan langsung daripada luar (FDI) juga dikatakan meningkat disebabkan kadar bunga yang lebih stabil. Akhir sekali, polisi kerajaan juga memainkan peranan kerana dalam tahun 2024, kita melihat penetapan semula gaji minimum dan juga pengenalan SSPA untuk penyelarasan gaji penjawat awam. Kedua-duanya dilihat memperkuat kuasa beli pengguna.

  • Pengoptimuman kos

TH katanya berjaya memperbaik pengurusan kos operasi mereka untuk turunkan belanja operasi, naikkan pulangan keseluruhan walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar.

  • Impak kerugian sektor hartanah Arab Saudi diminimumkan

Kerugian TH dalam sektor hartanah Arab Saudi dianggap tidak lagi beri impak kuat pada keuntungan namun, sektor ini sentiasa dipantau secara rapat oleh pihak TH.

Kenapa dividen TH lebih rendah daripada KWSP & ASB?

Mungkin ada yang mengeluh kenapa dividen TH tetap lebih rendah berbanding EPF yang mampu bagi sehingga 6% manakala ASB sehingga 5%. Jawapannya adalah pada strategi pelaburan dan tanggungjawab TH itu sendiri. Sungguhpun 3.25% TH taklah tinggi, namun ia masih kompetitif jika dibandingkan dengan deposit tetap jenis islamik yang berikan antara 2.5% hingga 3%.

Tambahan pula, TH bukanlah sekadar institusi kewangan tempat pendeposit kembangkan simpanan mereka. Sebaliknya, TH mainkan peranan penting dalam industri kewangan islamik serta mereka aktif dalam aktiviti sosial.

Untuk 2024, sebanyak RM99.35 juta dalam bentuk zakat telah dilunaskan bagi pihak pendeposit. Wang ini dimanfaatkan untuk:

  • kumpulan asnaf
  • sekolah tahfiz dan tabung pendidikan
  • komuniti muslim di luar negeri

Kesimpulan

Kelestarian jangka panjang TH bergantung kepada strategi mereka mendepani ketaktentuan ekonomi seperti:

  • inflasi, peningkatan kadar bunga, ketegangan geopolitik
  • perubahan landskap hartanah Arab Saudi
  • mencari saluran pelaburan baharu

Fokus TH terhadap melindungi dana pendeposit melalui pelaburan berisiko rendah dan kegiatan sosial mereka yang aktif menjadikan ia menjadi pilihan ramai pendeposit.

Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bernama, FMT