Nintendo Switch 2 dahpun diumumkan tarikh pelancarannya dalam bulan Jun 2025. Dalam banyak-banyak naik taraf specs yang diumumkan. Penggunaan SD Express adalah perkara yang perlu anda berikan perhatian.

Menurut helaian spesifikasi, konsol ini ada slot mikro-SD untuk luaskan storan ke atas 256GB sedia ada.

Tapi anda kena ambil maklum yang jenis mikro-SD yang dia guna adalah piawaian jenis baharu iaitu SD Express dan ia sangat baru dalam pasaran. Sementara tunggu Switch 2 masuk Malaysia, jom kita belajar pasal mikro-SD jenis baru ni.

SD Express adalah piawaian kad SD yang diumumkam dalam tahun 2018 oleh SD Association, NGO yang tetapkan standard kad SD yang dirujuk oleh pengeluar macam Samsung, Sandisk, dan yang sewaktu dengannya.
Bezanya SD Express dengan kad SD anda yang sedia ada, standard baru dia dah tak guna SD Bus Interface untuk komunikasi data tapi guna PCIe Bus Interface.

Bus Interface baru ni dia berikan kelajuan perpindahan data sepantas 958MB/s. Sebagai perbandingan, SD yang guna SD Bus Interface ada kelajuan perpindahan data sepantas 624MB/s.

Kelajuan tinggi ini maknanya game Nintendo Switch 2 boleh ada aset grafik yang lebih tinggi kualiti dan mungkin juga kelajuan loading lebih pantas daripada Switch 1.
Samsung umumkan mereka pertama dalam industri yang hasilkan produk SD Express ini.

Dalam laman rasmi Nintendo, microSD Express for Nintendo Switch 2 dah disenaraikan pada harga USD59.90 (~RM266) untuk kapasiti 256GB dan akan mula dijual pada 5 Jun 2025 ini.

Malangnya di Lazada ataupun Shopee masih belum ada.