Di temasya COMPUTEX 2025 dekat Taipei, Kingston Technologu mempamerkan kepada pengunjung, apa yang bakal disajikan syarikat teknologi itu pada masa depan. Antara yang menarik adalah solusi storan dan memori yang menjadi nadi kepada robot AI yang membina sebuah roket mini.

AI lebih pintar, storan lebih pantas
Produk yang Kingston pamerkan di reruai adalah produk baharu seperti SSD DC3000ME PCIe 5.0 dan juga modul memori premium untuk server daripada ajenis DDR5. Untuk mendemonstrasikannya, Kingston telah bekerjasama dengan Taiwan Intelligent Robotics Company (TIRC).

Kerjasama itu menyaksikan sebuah robot yang diperkasa komponen Kingston yang diguna pakai untuk menjalankan pensapelan data pada frekuensi yang tinggi kerana ia mampu untuk mengendali dan memproses jumlah data yang besar. Perkara ini penting untuk barisan pengeluaran yang perlukan pemeriksaan keselamatan secara masa nyata berada pada tahap tertinggi.

SSD berkelajuan tinggi untuk gamers dan pencipta kandungan
Buat gamers dan pencipta kandungan, Kingston turut pamerkan SSD FURY Renegade G5 yang dahpun boleh dibeli dalam pasaran seperti yang kami laporkan tempoh hari. Untuk modul RAM, pengunjung COMPUTEX 2025 boleh nampak DDR5 CAMM2, modul RAM berformat baru yang diguna pada komputer-komputer masa ini.

Pada temasya yang sama, Kingston juga memperkenalkan rekaan baharu untuk pemacu mudah alih SSD XS1000 dan XS2000. Mereka juga ada DataTraveler Exodia S USB yang baharu disamping kad SD lebih pantas dalam siri Canvas Plus SD dan mikro-SD.

Anda berminat dengan produk Kingston?