AI chatbot macam ChatGPT & Gemini juga terdedah serangan siber, ini cara A10 Network lindunginya

Gelombang AI yang ganas melanda kita. Bermula dengan chatbot seperti ChatGPT, Google Gemini, dan yang seangkatan dengannya, AI kini diguna secara lebih meluas untuk meningkatkan produktiviti dalam pelbagai lapangan. Namun, sistem AI kini menjadi ancaman serangan siber dan di situlah solusi daripada A10 Networks akan lindungi sistem AI daripada anasir tak baik, terutamanya kepada organisasi besar.

Di persidangan tech, Interop Tokyo, yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun 2025 ini, A10 Network akan pamerkan solusi mereka yang terbaharu. Antara solusi yang mereka dibangunkan adalah seperti firewall untuk AI dan juga perkakasan keselamatan AI berasaskan GPU.

Sistem keselamatan AI untuk jaga AI

Salah satu pendekatan yang diguna untuk melindungi infrastruktur AI adalah menggunakan firewall. Ia diaktifkan di hadapan API dan URL tempat terdedahnya infrastruktur/servis AI kepada pengguna. Ia boleh dimanfaatkan sama ada oleh model bahasa besar (LLM) komersial macam OpenAI ataupun oleh LLM yang dibangun sendiri oleh pemilik infrastruktur.

Firewall ini melindungi sistem daripada:

  • serangan jenis prompt injection (penyerang cuba korek info sensitif dengan prompt licik)
  • kebocoran data sensitif tanpa sedar
  • kerentanan sedia ada dalam ekosistem inferens AI

Firewall ini beroperasi secara masa nyata. Ia memeriksa prompt masuk dan keluar untuk kenakan polisi keselamatan tertentu untuk menghalang sebarang risiko serangan siber.

Basmi kegendalaan, maksimum prestasi

AI juga boleh diguna sebagai sistem amaran awal untuk mengesan sebarang isu berpotensi terjadi. Ia lebih kepada melakukan unjuran prestasi seperti mengesan tanda-tanda akan berlakunya kesesakan rangkaian ataupun kerencatan pada prestasi. A10 Networks menggunakan perkakas berasaskan GPU yang benarkan data analisis dan gerak balas pembasmian dilakukan lebih pantas.

Kerja-kerja seperti nyahsulit TLS/SSL, cache traffik, penalaan pintar dijalankan secara cekap, tanpa membebankan infrastruktur AI itu sendiri dan dalam masa yang sama mengurangkan latensi dan mengelakkan sebarang kegendalaan perkhidmatan.

Kenapa perlindungan terhadap infrastruktur AI penting

Menurut OWASP, antara 10 ancaman besar terhadap Infrastruktur AI adalah seperti:

  • SQL Injection
  • cross-site scripting
  • broken authentication

Oleh sebab itu, solusi A10 Networks ada masukkan ciri-ciri seperti:

  • pemantauan prompt secara masa nyata
  • pengesanan serangan berasaskan objektif
  • tahap ralat positif yang rendah dan pengesanan lebih jitu
  • pelindungan 7 lapisan untuk API dan aplikasi moden
YouTube player

Semakin banyak organisasi yang memanfaatkan AI bermakna meningkatnya juga kemungkinan terjadinya bottleneck dan risiko serangan siber. Jadi, objektif solusi daripada A10 Networks adalah untuk memastikan infrastruktur AI beroperasi pada kelajuan maksimum dan juga selamat untuk digunakan, tak kiralah sama ada persekitaran AI itu berada di awan ataupun premis.

Anda boleh layari laman rasmi A10 Networks untuk maklumat lanjut.