Tarif TNB baharu Julai 2025: Ini semua perlu anda tahu

Bermula 1 Julai 2025, pengguna di Semenanjung Malaysia akan menggunakan tarif TNB yang baharu. Ia selaras dengan inisiatif Penstrukturan Semula Tarif Elektrik 2025 – 2027. Tarif baharu ini digarap dengan objektif harga utiliti yang lebih adil, telus, dan seterusnya memupuk amalan berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik, seperti yang disaran dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

@nepazrai

Tarif TNB baharu bermula Julai 2025. Ketahui formula bil baru, kadar terkini dan cara anda boleh jimat bil elektrik setiap bulan. @Tenaga_Nasional #tnb #tenaganasionalberhad #fyp #elektrik

♬ original sound – nepazrai – nepazrai

Bil elektrik bermula Julai 2025 anda akan ada perubahan. Ini semua yang perlu anda tahu sebagai pengguna elektrik domestik TNB.

Apa yang berubah dengan tarif elektrik TNB 2025?

Formula pengiraan bil elektrik anda bermula Julai 2025 adalah seperti berikut:

Jika dulu, jumlah penggunaan elektrik anda (kWh) akan didarab dengan tarif mengikut tarif berperingkat, kini bil elektrik anda dipecahkan kepada 3 komponen besar iaitu:

  • Generation Charge merujuk kepada kos untuk menjana tenaga. Di bawah komponen ini, ada tiga lagi subkomponen lain iaiatu:
    • Energy Charge – kos bahan api untuk jalankan loji jana kuasa
    • Automatic Fuel Adjustment (AFA) – mekanisme yang diguna untuk mengukur harga pasaran bahan api dan juga kadar tukaran mata wang asing. AFA diumum secara berkala oleh Suruhanjaya Tenaga.
    • Capacity Charge – bayaran kapasiti di bawah Power Purchase Agreements (PPA) dan Service Level Agreements (SLA).
  • Network Charge merujuk kepada kos untuk menghantar tenaga elektrik kepada premis anda yang meliputi penyelenggaraan peralatan dan naik taraf
  • Retail Charge merujuk kepada bayaran perkhidmatan rangkaian, pembilan, dan pengurusan akaun. Penggunaan 600kWh dan kebawah dikecualikan bayaran ini.
  • Energy Efficiency Incentive merujuk kepada diskaun yang diberikan untuk pengguna yang cekap penggunaan elektriknya. Buat masa ini pengguna domestik yang layak adalah yang menggunakan 1,000kWh dan kebawah. Amaun diskaun yang diberikan masih belum diumumkan.

Cukai ke atas bil elektrik

Jangan lupa, bil elektrik anda juga tertakluk kepada cukai sekiranya cukup haulnya. Haulnya adalah 8% ke atas jumlah bil kalau penggunaan bulanan anda melebihi 600kWh.

Dua kategori Energy Charge TNB 2025: General Tariff vs. ToU Tariff

Harga satu unit tenaga elektrik (sen/kWh) untuk komponen Energy Charge adalah bergantung kepada jenis tarif yang anda langgan dengan TNB. Berdasarkan struktur baharu ini, tarif domestik terbahagi kepada:

  • Domestic General Tariff
  • Domestic ToU Tariff

Domestic General Tariff

Ini adalah tarif default yang akan kebanyakkan orang gunakan ataupun yang automatik diberikan apabila akaun baharu dibuka. Dibawah tarif ini, harga seunit tenaga elektrik adalah 27.03sen/kWh untuk penggunaan 1,500kWh/bulan dan kebawah ataupun 37.03sen/kWh untuk penggunaan melebihi 1,500kWh/bulan.

Pengguna yang tidak menggunakan meter pintar akan diletakkan TNB di bawah tarif ini.

Time-of-Use (ToU) Tariff

Tarif jenis ToU pula adalah pilihan tambahan yang ditawarkan untuk pengguna meter pintar. Selain kategori 1,500kWh penggunaan, kadar tarif juga terkesan dengan penggunaan dalam waktu puncak dan di luar waktu puncak. Berikut adalah pecahan yang lebih terperinci:

Penggunaan waktu puncak (Isnin-Jumaat, 2ptg-10mlm):

  • 1,500kWh/bulan dan kebawah: 28.52sen/kWh
  • lebih 1,500kWh/bulan: 38.52sen/kWh

Penggunaan luar waktu puncak (Isnin-Jumaat, 10mlm-2ptg & hujung minggu)

  • 1,500kWh/bulan dan kebawah: 24.43sen/kWh
  • lebih 1,500kWh/bulan: 34.43sen/kWh

Peringatan, tarif ToU hanya ditawar kepada pengguna meter pintar dan perlu dimohon dengan TNB.

5 tips jimat bil elektrik daripada TNB

Bersama-sama dengan pengumuman struktur tarif baharu ini, TNB juga berkongsikan 5 tips jimat elektrik untuk bil rendah setiap bulan.

  • Pantau penggunaan elektrik menerusi portal ataupun APP myTNB Kalau premis anda ada meter pintar, anda boleh pasang aplikasi myTNB dan aktifkan Energy Budget untuk beri peringatan tentang penggunaan tenaga.
  • Guna elektrik secara berhemah di rumah ataupun pejabat Amalan mudah seperti matikan peralatan elektik, guna lampu LED, ataupun tetapkan suhu pendingin hawa pada 24°C juga boleh beri perubahan.
  • Pilih peralatan elektrik cekap tenaga Cari peralatan elektrik dengan penarafan 4 atau 5 bintang. Ia sedikit mahal tapi boleh beri penjimatan dalam jangka panjang.
  • Pertimbang guna tenaga boleh baharu Jika berkemampuan, anda boleh pasang sistem solar untuk kurangkan kebergantungan kepada gird nasional dan seterusnya kurangkan kos elektrik.
  • Langgan tarif ToU Nikmati tarif serendah 24.43sen/kWh bila guna elektrik pada waktu malam/hujung minggu menerusi tarif ToU.

Hubungi TNB dan Suruhanjaya Tenaga untuk maklumat lanjut

Bacaan berkaitan