Bermula Julai 2025, TNB akau mula kuatkuasakan struktur tarif baharu. Salah satu komponen menarik pada struktur itu tentulah rebat yang akan jadikan bil elektrik lebih rendah. Ia dikenali sebagai Energy Efficiency Incentive (EEI). Pengguna kediaman (domestik) akan beroleh rebat berdasarkan kWh yang diguna setiap bulan. Secara ringkasnya, lebih sikit kWh diguna, lebih banyak rebat akan dapat.

Apakah EEI?
EEI adalah rebat automatik yang diberikan kepada isi rumah yang gunakan kurang daripada 1,000kWh sebulan. Ia tidaklah satu kadar yang rata sebaliknya berkadar progresif bergantung kepada penggunaan. Sistem ini dilihat dirangka untuk memberi ganjaran kepada amalan penggunaan elektrik yang berhemah.
Berapa banyak boleh jimat dengan EEI?
Struktur EEI tidak dikongsikan secara rasmi oleh TNB. Walau bagaimanapun, menggunakan kalkulator anggaran bil elektrik yang disediakan TNB, kita boleh unjurkan kadar EEI. Kadar EEI tertinggi adalah 25 sen per kWh sehingga penggunaan 200kWh. Ia semakin menurun sehingga tiada langsung pada pengguna atas 1,000kWh.
Berikut adalah ilustrasi yang lebih jelas untuk struktur kadar EEI.

Berdasarkan gambar rajah tersebut:
- Kalau anda guna 500kWh, EEI anda adalah 12 sen/kWh ataupun rebat sebanyak RM60.
- Kalau anda guna 1,000kWh, EEI anda cumalah 0.5 sen/kWh ataupun rebat sebanyak RM5
- Kalau guna lebih 1,000kWh, tiada sebarang EEI diberikan.
Gambar rajah di bawah tunjukkan berapa EEI maksimum bagi setiap julat penggunaan.

Jadi bolehlah anda simpulkan yang struktur rebat EEI ini bukan sekadar nak bagi rebat pada pengguna. Ia lebih kepada memupuk sifat berhemah dalam penggunaan elektrik. Ia selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Tips untuk maksimum rebat EEI
Nak dapat rebat maksimum? Berikut adalah tips-tips yang digariskan TNB.
- Tukar ke lampu LED dan peralatan elektrik ber-inverter
- Kalau guna pendingin hawa, setkan kepada 24°C atau suhu yang cekap
- Matikan suis alat elektrik jika tak digunakan
- Pantau penggunaan tenanga menerusi APP myTNB
- Elak guna peralatan elektrik berkuasa tinggi dalm waktu puncak
Nak tahu lebih lanjut tentang tarif baru TNB 2025, baca artikel kami yang terdahulu.