GGR x Bateriku.com bateri motosikal GGR x Bateriku.com bateri motosikal

Tahukah anda yang Bateriku juga ada jual bateri motosikal?

Anda mungkin biasa dengan Bateriku.com (Bateriku) kalau anda miliki kereta. Mereka terkenal dengan servis penukaran bateri kereta secara on-demand. Tapi tahukah anda, mereka juga ada jual bateri untuk motosikal juga? Saya pun baru tahu.

GGR x Bateriku, bateri motosikal harga patut

Seperti kereta, motosikal pun kaedah pengangkutan yang perlu diselenggara, termasuklah di bahagian bateri 12V. Jadi Bateriku telah bekerjasama dengan GGR untuk tawarkan bateri yang ngam dengan pelbagai model motosikal.

Antara model terkenal seperti Honda EX5, Yamaha Y15ZR, Yamaha NVX, Yamaha XMAX, dan banyak lagi. Boleh dikatakan yang semua model-model terkenal, ada bateri GGR x Bateriku yang padan dengannya.

@ggrmotor

GGR❌BATERIKU COMING SOON GUYS 📈 10000 BIJI BATTERY MENDARAT GENG 😍 KOLABORASI 2 JENAMA,SATU KUASA 📈

♬ original sound – GGRMOTOR – GGR MOTOR OFFICIAL

Daripada bateri kereta ke motosikal

Bateriku bermula dengan servis road assist untuk bateri kereta sejak 2014. Kini, mereka mengendalikan lebih 220 pitstop di seluruh Malaysia disamping mengoperasikan rangkaian sokongan yang kukuh. Maka dengan sebab itu, kita boleh jangkakan kualiti perkhidmatan yang sama cemerlang untuk motosikal.

Menurut Bateriku, produk yang mereka bangunkan mampu tempuhi cabaran jalan raya di Malaysia seperti bahang haba, lalu lintas sesak, hujan lebat, dan tempoh tunggangan yang lama. Tiga kriteria yang dipenuhi adalah seperti tegap, selamat, dan berprestasi tinggi.

GGR x Bateriku, bateri motosikal murah

Di mana nak dapat bateri motosikal GGR x Bateriku?

Termasuklah saya, baru hari ini saya tahu yang Bateriku ada jual bateri motosikal. Ia telah dijual sejak November 2024 dan masih baru secara relatif berbanding lebih 10 tahun untuk bateri kereta. Harganya pun murah sahaja, bermula RM65 hingga RM110.

Antara varian bateri yang ditawarkan adalah seperti:

  • YTS5S-BS
  • YB5L-BS
  • YTZ7S-BS
  • YTZ8
  • YTX7A-BS

Buat anda yang berminat untuk dapatkannya, berikut adalah beberapa saluran yang boleh digunakan:

Setiap unit bateri motosikal berjenama GGR x Bateriku ini dilindungi jaminan selama 10 bulan, tertakluk kepada terma & syarat. GGR x Bateriku bukanlah inisiatif pertama Bateriku untuk tembusi pasaran motosikal. Dalam tahun 2021, mereka telahpun mula mengedarkan bateri motor nanogel daripada jenama Koyoko. Antara varian yang ditawarkan adalah seperti:

  • G2 YB4L-BS
  • G2 YTZ5S
  • G2 YB5L-BS

Walau bagaimanapun, saya dapati yang jaminan yang ditawarkannya lebih pendek berbanding bateri GGR iaitu 6 bulan.

Anda boleh layari laman rasmi Bateriku.com untuk maklumat lanjut.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan