Peti sejuk salah satu kelengkapan rumah paling dahagakan elektrik. Kita tak boleh nak kawal harga elektrik, tapi kita boleh kawal cara kita gunakan elektrik. Salah satu cara terbaik untuk kurangkan penggunaan elektrik adalah dengan menggunakan kelengkapan rumah cekap tenaga.
Sejak 1 Julai 2025, tarif elektrik TNB dah berubah. Walaupun katanya lebih jimat, dengan berita peningkatan harga bahan api, tentu sekali lambat laun kos menjana elektrik akan meningkat dan pengguna akan merasainya.
Kenapa mula dengan peti sejuk?
Peti sejuk beroperasi 24 jam sehari tanpa henti. Hal ini bermakna, jika terdapat walaupun sedikit penurunan pada penggunaan tenaga, ia akan menyumbang pada penjimatan jangka panjang. Oleh sebab itu, pemilihan peti sejuk yang cekap tenaga adalah satu tindakan yang bijak serta beri pulangan jangka panjang.

Di Malaysia, kita ada satu inisiatif yang dikenali sebagai Label Cekap Tenaga, di bawah kawal selia Suruhanjaya Tenaga berlandaskan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Anda tentu perasan satu label berwarna merah di setiap peti sejuk yang dipamerkan.

Apa itu Label Cekap Tenaga?
Bila anda nak beli peti sejuk di Malaysia, anda akan perasan Energy Efficiency Label yang berwarna merah dengan bintang berwarna kuning ditampal pada pintu penti sejuk. Ia dikenali sebagai penarafan bintang. Ia melambangkan tahap cekap tenaga peti sejuk tersebut.

Lebih banyak bintang, lebih cekap tenaga produk tersebut. Lebih cekap tenaga bermakna lebih jimat kos elektrik.
Di Malaysia, penarafan bintang ada julat daripada 1 bintang hingga 5 bintang:
- ⭐ 1 Bintang = Kecekapan tenaga terendah
- ⭐⭐ 2 Bintang = Penarafan bintang paling minimum (MEPS) untuk dijual
- ⭐⭐⭐ 3 Bintang = Kecekapan tenaga sederhana
- ⭐⭐⭐⭐ 4 Bintang = Kecekapan tenaga baik
- ⭐⭐⭐⭐⭐ 5 Bintang = Kecekapan tenaga terbaik
Cara bilangan bintang diberikan pada peti sejuk
Untuk dapat penarafan bintang, setiap peti sejuk perlu menjalani ujian standard. Keputusan ujian akan dibandingkan dengan peti sejuk yang lain dalam pasaran. Formula Indeks Bintang digunakan dan berdasarkan Faktor Kecekapan Tenaga (EEF) iaitu berapa banyak tenaga (kWh/hari) digunakan untuk sejukkan ruang dalam peti sejuk.

Lebih tinggi Indeks Bintang, lebih cekap peti sejuk itu berbanding pesaingnya dalam pasaran:
- Kalau peti sejuk ada skor 25% lebih tinggi daripada purata, ia dapat 5 bintang.
- Kalau peti sejuk ada skor 10% lebih tinggi daripada purata, ia dapat 4 bintang.
- Kalau peti sejuk ada skor lebih rendah daripada purata, ia dapat 1 atau 2 bintang.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia hanya benarkan penjualan peti sejuk yang ada sekurang-kurangnya 2 bintang. Jadi, bila anda nak beli peti sejuk, pastikan:
- Periksa bilangan bintang yang ia ada
- Beli peti sejuk yang ada maksimum bintang anda mampu
- Lebih banyak bintang = lebih jimat bil elektrik
5 peti sejuk termurah dengan label 5 bintang
Hisense RT220N4ABN 206L
Hisense RT220N4ABN adalah sebuah peti sejuk kompak dengan kapasiti 206L. Ia sesuai untuk orang bujang ataupun yang berkeluarga kecil. Peti ini ada ruang penyejuk 137L dan ruang beku 31L. Menurut Hisense, inverter yang ada pada peti sejuk ini ada fungsi penyejuk bebas fros. Aksesori-aksesori asas macam bekas telur, ruang sayur, dan bekas ais juga disediakan. Pada segi dimensi, ia ada ketinggian 1440mm dan lebar cuma 475mm.
Hisense RT220N4ABN boleh didapatkan pada harga ~RM1,500
Sharp SJ-2822M-DS 280L
Sharp SJ-2822M-DS dilengkapi dengan teknologi J-Tech Inverter untuk jimatkan bil elektrik anda. Ruang penyimpanan dalamnya ada kapasiti 164L untuk penyejuk dan 60L untuk pembeku. Kapasiti ini sesuai untuk isi rumah bersaiz sederhana. Sharp juga sertakan Ag Nano-Deodorizer untuk pastikan peti sejuk bebas bau busuk.
Sharp SJ-2822M-DS boleh didapatkan pada harga ~RM1,300
Toshiba GR-RT230WE-PMY 320L
Toshiba GR-RT230WE-PMY dikuasakan teknologi Origin Inverter dan sistem penyejuk Multi-Air Flow yang pastikan ruang penyimpanan sejuk secara cekap. Toshiba juga sertakan ruang simpan yang besar dan lebih penting, ada ruang untuk susun botol 1.5L. Motor inverter peti sejuk ini dilindungi jaminan selama 12 tahun dan peti sejuk ini keselurhannya dilindungi jaminan selama 2 tahun.
Toshiba GR-RT230WE-PMY boleh didapatkan pada harga ~RM1,200
TCL TRF-330WMY 330L
Satu lagi peti sejuk yang sesuai dengan isi rumah sederhana besar adalah TCL TRF-330WMY. Ia ada ruang simpan dalamn sebanyak 191L untuk penyejuk dan 58L untuk pembeku. Sama macam Hisense tadi, inverter TCL ini juga ada ciri penyejuk Total No Frost. Ruang botol TCL lagi luas daripada Toshiba sebab boleh tempatkan botol sehingga 2L. Untuk sayur dan buah, TCL sediakan Humidity Slider Crisper.
TCL TRF-330WMY boleh didapatkan pada harga ~RM900
Midea MDRT489MTB28-MY 400L
Peti sejuk yang terakhir ingin saya sarankan adalah Midea MDRT489MTB28-MY dan ini adalah yang paling besar dalam senarai, tapi bukanlah yang paling mahal. Ia ada ruang penyimpanan 338L sesuai untuk isi rumah sederhana ke besar. Inverter pada peti sejuk ini Midea gelarnya sebagai Inverter Quattro. Antara ciri menarik peti ini adalah seperti Humidty Control, Cooling Zone, dan Active-C Fresh. Inverter peti sejuk Midea ini dilindungi jaminan selama 12 tahun.
Midea MDRT489MTB28-MY boleh didapatkan pada harga ~RM1,300
Sumber: Suruhanjaya Tenaga