Touch ‘n Go umumkan mereka telah buka kedai dalam talian mereka sendiri. Touch ‘n Go Shop boleh diakses di laman rasmi mereka. Buat pengetahuan anda, sebelum ini, mereka jual produk seperti charm dan kad RFID menerusi saluran Lazada dan Shopee. Jadi, sekarang anda boleh dapatkan barang-barang collectible terus daripada Touch ‘n Go.

Semua produk Touch ‘n Go bawah satu bumbung
Bila anda perli ke Touch ‘n Go Shop, anda boleh jumpa semua barangan rasmi jualan mereka seperti:
- kad Touch ‘n Go termasuklah yang jenis LED terbaharu
- Tag RFID untuk kereta
- Charm RFID
- Cenderamata kerjasama mereka dengan artis tempatan

Bagi meraikan pembukaan gedung dalam talian ini, Touch ‘n Go tawarkan diskaun waktu terhad seperti:
- Diskaun kos penghantaran
- Rebat istimewa
- Diskaun sehingga 50% barangan terpilih
Produk Touch ‘n Go yang wajib anda usyar
Janganlah lepaskan peluang untuk sambar barang-barang menarik Touch ‘n Go pada harga istimewa ini. Beberapa barangan menarik untuk anda tengok nanti adalah seperti:
Extendable Charm – siri Foodie Buddies (RM38)
- Charm NFC berinspirasikan makanan. Bukan saja ia cantik, malah pemegangnya boleh dipanjangkan sehingga 50cm. Lepas ini, mudahlah anda nak bayar tol ataupun parking.

Kad LED dan lanyard Touch ‘n Go x ThatDania LED (bermula RM12)
- Ini adalah produk hasil kerjasama Touch ‘n Go dengan artis tempatan, ThatDania. Ada dua rekaan boleh anda pilh, sama ada Road Trip in Orange Sunrise ataupun Urban Communte in Pink Sunset. Kad ini boleh didapatkan pada harga RM29 sementara lanyard pada RM12.

Charm NFC edisi Pickleball (RM30)
- Kaki padel boleh kumpul charm NFC ini. Barulah boleh menifestasikan kecintaan anda pada sukan campuran tenis, ping pong, dan skuasy.

Tag RFID edisi kucing – Tuxedo (RM37)
- Siri kucing tag RFID ada ahli baharu iaitu kucing yang memakai tuxedo.

Nak dapatkan semua produk ini, berkunjunglah ke shop.touchngo.com.my.