Bateri Kereta Astra Kini Disahkan SIRIM Bateri Kereta Astra Kini Disahkan SIRIM

Bateri Astra: selamat & berkualiti, disahkan SIRIM

Bateriku telah melakar satu sejarah peribadi baharu. Mereka mengumumkan yang kesemua 28 SKU bateri Astra yang dijual mereka, kini ada pensijilan SIRIM. Di pihak pengguna, mereka boleh yakin menggunakan bateri ini pada kenderaan masing-masing apabila mengetahui ia telah lulus ujian piawaian ketat Malaysia.

Bateri Astra ada SIRIM dan perlindungan takaful

Untuk maklumat anda, SIRIM telah menjalankan ujian berdasarkan piawaian antarabangsa IEC 60095 ke atas semua 28 SKU bateri kereta ASTRA. Berdasarkan dokumen standard, IEC 60095 melakukan siri ujian yang melibatkan elektrik, mekanikal, dan ketahanan.

Bateri Kereta Astra Kini Disahkan SIRIM

Ujian elektrik

  • Jumlah amp-hour bateri boleh bekalkan pada kadar yang malar untuk 20 jam sehingga voltan turun ke 10.50V
  • Tempoh bateri boleh bekalkan 25A sebelum voltan turun ke 10.50V
  • Ujian prestasi engkol dalam suhu −18 °C, rendah daripada −18 °C.
  • Ujian penerimaan arus pada voltan 14.40V dalam suhu rendah.
  • Ujian keupayaan bateri simpan tenaga dalam keadaan storan.

Ujian ketahanan

  • Ujian kakisan selepas kitaran cas/nyahcas.

Ujian mekanikal

  • Ujian kehilangan air dalam keadaan overcharge
  • Ujian rintangan terhadap gegaran
  • Ujian kebocoran elekrolit

Selain daripada diuji pihak ketiga, Bateriku juga melakukan ujian dalaman terhadap produk mereka. Mereka melancarkan Bateriku Quality Lab yang akan bertanggungjawab melakukan ujian berterusan ke atas prestasi bateri untuk pastikan ia kekal selamat dan utuh.

Buat masa ini, lebih 1 juta unit bateri Astra telah dijual di seluruh negara dan buat pengetahuan anda, setiap pembelian bateri Astra akan datang sekali dengan perlindungan takaful kelompok dengan butiran seperti berikut:

  • kematian RM7,000
  • kecacatan kekal RM7,000
  • perbelanjaan pengkembumian RM2,000
  • perbelanjaan ambulans RM500

Kenapa sijil SIRIM penting dan perlu ada?

SIRIM melalui subsidiarinya, SIRIM QAS International, adalah badan penguji dan pensijilan yang diakreditasikan oleh badan-badan seperti Jabatan Standard Malaysia (JSM), The UK Accreditation Body, dan banyak lagi. Pengeluar produk di Malaysia boleh dapatkan pensijilan SIRIM untuk menandakan yang produk tersebut melepasi piawaian yang sepatutnya pada segi kualiti dan keselamatan.

Untuk rujukan,Century Battery Malaysia dalam bulan April 2025 mengatakan yang mereka adalah satu-satunya jenama bateri kereta di Malaysia yang ada pensijilan SIRIM.

Tak pasti nak tentang bateri apa yang sesuai untuk kereta anda? Tanya bengkel kereta berhampiran untuk saranan, ataupun tanya Bateriku.com.

Bateriku mereka ada kedai di Shopee untuk anda dapatkan bateri kereta dengan mudah. Kalau nak mudah dan pantas, anda boleh dapatkan servis penukaran secara on-demand terus di aplikasi mudah alih (Android, iOS) ataupun layari laman rasmi Bateriku untuk panggil juruteknik mereka.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan