Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas sudah boleh mula periksa kelayakan SARA RM100 seperti yang diumumkan oleh PMX dalam Pengumuman Pernghargaan Untuk Rakyat Malaysia pada 23 Julai 2025 tempoh hari. Semakan boleh dibuat di laman web sara.gov.my.
Cara semak SARA RM100 one-off
Bila anda pergi ke laman sara.gov.my butang Semak Kelayakan akan dipaparkan dalam saiz yang besar. Anda cuma perlu tekan dan sistem akan bawa anda ke halaman semakan status. Hanya nombor kad pengenalan sahaja diperlukan dan semua bantuan yang anda layak terima di bawah program Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.

Untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas, mereka sekurang-kurangnya akan terima bantuan Penghargaan SARA sebanyak RM100.

Sekiranya ada lebih daripada satu bantuan, ia turut akan dipaparkan dalam halaman yang sama.

Cara beli barang guna SARA RM100
SARA RM100 boleh mula digunakan bermula 31 Ogos 2025 dan kredit perlu dihabiskan selewat-lewatnya 31 Disember 2025.
Secara ringkasnya, anda boleh beli apa-apa sahaja produk yang ada label MyKasih tertera di rak harga. Apabila ingin membayar, anda perlu berikan MyKad kepada juruwang untuk mengesahkan kelayakan.

Sekiranya layak, anda perlu masukkan nombor pin peribadi untuk mengesahkan transaksi. Untuk pengguna kali pertama, kata laluan default adalah 6 angka pertama MyKad dan pin perlu ditukar sebelum sebarang transaksi pembelian boleh dilakukan.
Anda boleh dapatkan maklumaat lanjut tentang tatacara penggunaan SARA RM100 dalam artikel kami yang terdahulu.Cara semak SARA RM100 one-off di laman MyKasih