Subsidi bersasar Budi95 dah pun berjalan. Jadi anda sebagai rakyat Malaysia yang layak pun pergilah ke Petronas untuk isi RON95, katanya RM1.99/liter. Sesampai di pam, anda pasti berasa pelik, kenapa paparan masih tunjukkan RM2.60/liter? Ramai rakyat yang menyuarakan kekeliruan ini dalam media sosial.
Apa yang berlaku bila anda pam RON95 selepas Budi95 berkuat kuasa?
Pertama sekali, pengguna perlu faham yang pam minyak tak tahu sama ada anda layak ataupun tidak untuk tebus minyak kuning RM1.99/liter. Cuba anda fikir sejenak. Pam itu digunakan oleh saya, anda, pendatang, kenderaan syarikat, dan juga kenderaan kerajaan. Jadi ikut logiknya, jualan perlu dijalankan menggunakan harga tanpa subsidi iaitu RM2.60/liter.

Harga minyak bersubsidi Budi95 hanya dikira selepas anda selesai mengisi petrol ke dalam tangki kenderaan anda dan dengan syarat anda telah lakukan pengesahan kelayakan sama ada menggunakan kad pengenalan ataupun eKYC pada aplikasi Setel, TNG eWallet dan aplikasi stesen minyak lain.
Ini cara kerja petrol bersubsidi Budi95
Mari saya ringkaskan proses yang berjalan bila anda tebus Budi95
- Pengesahan kelayakan: Anda masukkan MyKad ke dalam mesin pembaca ataupun anda isi guna aplikasi telefon (Setel, TNG eWallet) yaang ada dah lakukan eKYC terlebih dahulu.
- Pilih kaedah pembayaran: Anda bayar gunakan kad kredit/debit ataupun bayar di kaunter gunakan tunai.
- Lakukan isian: Katakan anda isi RM50, di pam akan pamerkan RM65.33 kerana anda dah isi 25.13L pada kadar RM1.99/L.
- Harga sebenar di dalam resit: Anda boleh periksa resit untuk lihat perkiraan subsidi yang sebenar.
Kekeliruan ini timbul kerana kita dah biasa lihat harga jualan bersubsidi di pam sewaktu subsidi menyeluruh. Kini kaedah yang digunakan adalah subsidi bersasar dan pengiraan adalah di titik pembayaran.
Subsidi bersasar Budi95 vs. subsidi menyeluruh RON95
Kerajaan Malaysia telah belanjakan berbillion ringgit untuk berikan subsidi bahan api. Sewaktu kaedah menyeluruh digunakan, ia dinikmati semua lapisan masyarakat sama ada yang memandu Perodua Axia ataupun Range Rover, sama ada anda B40 ataupun T20.

Satu lagi masalah sistem ini adalah ketirisan yang ketara. RON95 yang murah diseludup masuk ke Thailand dan dicuri rakyat Singapura apabila melawat masuk negara kita. Kenderaan komersial juga menikmati subsidi yang sama walhal ia patutnya diguna oleh yang betul-betul memerlukan.
Oleh sebab itu, Budi95 ingin tangani masalah itu dengan cara memerlukan pengesahan identiti sewaktu pembelian minyak. Berbanding jual pada harga subsidi untuk semua orang, kaedah Budi95 ini mengesahkan identiti anda terlebih dahulu, berikan diskaun (subsidi) selepsa selesai minyak diisi, dan jejak penggunaan petrol anda iaitu kuota 300L untuk setiap bulan.
Dikatakan ini adalah projek rintis kerana buat masa ini semua boleh menikmati petrol harga subsidi tanpa mengira golongan pendapatan. Pada masa hadapan, pastinya kerajaan akan gunakan data PADU ataupun LHDN untuk lakukan penyasaran lebih halus.
Layari laman Budi95 untuk maklumat lanjut.