Spark tawar pelan prabayar serendah RM10 dengan eSIM Spark tawar pelan prabayar serendah RM10 dengan eSIM

CelcomDigi lancar Spark, telco digital eSIM sepenuhnya

CelcomDigi mereka lancarkan telco digital baru, namanya Spark. Ia boleh dilihat sebagai spiritual successor kepada Yoodo yang dihentikan penawaran dalam bulan Ogos 2024. Bezanya, Spark hanya ditawarkan dalam bentuk eSIM. Sebagai telco digital sepenuhnya, semua proses berkaitan telco seperti pendaftaran dan pemasangan dilakukan melalui aplikasi Spark yang boleh dimuat turun di Android, iOS, ataupun Huawei.

Pelan prabayar Spark

Sebanyak 3 pelan asas ditawarkan oleh Spark sebagai permulaan. Base plan yang ditawarkan adalah:

  • Spark Mini
  • Spark Standard
  • Spark Plus
Spark tawar pelan prabayar serendah RM10 dengan eSIM

Spark Mini adalah yang paling asas bagi 3GB data. Spark Standard dengan Plus bagi kuota lebih banyak,  sambungan 5G dan kuota panggilan suara 100 minit.

Pelan Kuota Suara Lain-lain Harga (RM) Tempoh Sah
Spark Mini 3GB (4G) Tiada Tiada RM15 30 hari
Spark Standard 40GB (4G/5G) 100 minit Tiada RM25 30 hari
Spark Plus 200GB (4G/5G) 100 minit Tiada RM65 30 hari

Spark Mini adalah yang paling asas bagi 3GB data. Spark Standard dengan Plus bagi kuota lebih banyak,  sambungan 5G dan kuota panggilan suara 100 minit.

Untuk waktu terhad, Spark juga maklumkan yang mereka tawarkan pelan Legacy High-Speed / Unlimited. Tidaklah diketahui sampai bilakah pelan ini akan ditawarkan tapi ia berikan lebih banyak pilihan kepada pengguna. Pelan yang dimaksudkan adalah:

  • High-Speed 20
  • High-Speed 25
  • High-Speed 45
  • High-Speed 63
  • Unlimited 35
  • Unlimited 43
Spark tawar pelan prabayar serendah RM10 dengan eSIM
Pelan Kuota Suara Lain-lain Harga (RM) Tempoh Sah
High-Speed 20 14GB (4G/5G) 100 minit Tiada RM20 30 hari
High-Speed 25 45GB (4G/5G) 100 minit Tiada RM25 30 hari
High-Speed 45 65GB (4G/5G) 100 minit Tiada RM45 30 hari
High-Speed 63 85GB (4G/5G) 100 minit Tiada RM63 30 hari
Unlimited 35 Tanpa Had 100 minit 6GB hotspot RM35 30 hari
Unlimited 43 Tanpa Had 100 minit 6GB hotspot RM43 30 hari

Pas add-on untuk tambah kuota data, suara, SMS

Spark juga sediakan beberapa pas add-on untuk pelanggannya tambah kuota sekiranya tak cukup. Harga jualannya pas adalah serendah RM1 dan ia penting sebab Spark tiada ciri Pay-As-You-Use (PAYU). Untuk hantar SMS, pelanggan wajib beli pas add-on kerana tiada satupun pelan Spark yang ada kuota SMS untuk dihantar keluar.

Berikut adalah perincian pas add-on untuk Spark.

Kategori Kuota Harga
High-Speed Internet 1GB RM1
High-Speed Internet 3GB RM3
High-Speed Internet 10GB RM5
High-Speed Internet 25GB RM10
High-Speed Internet 100GB RM30
Suara 30 minit RM1
Suara 500 minit RM5
SMS 50 SMS RM1
SMS 1000 SMS RM3

Sempena pelancaran, anda boleh gunakan kod SPARK5 untuk daftar talian anda di aplikasi Spark bagi dapatkan rebat RM5 untuk 12 bulan pertama. Promo ini sah sehingga 31 Disember 2025.

Anda boleh layari laman rasmi Spark untuk maklumat lanjut.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *