Bila nak beli TV atau monitor komputer, pastinya anda cari yang paling banyak pikselnya sama ada HD, FHD, TV 4K, ataupun 8K. Tapi adakah lebih tinggi resolusi paparan adalah lebih baik? Satu kajian bersama antara penyelidik Cambridge University dan Meta ada dapatan baharu yang menarik.
Mereka dapati yang mata manusia adalah lebih sensitif daripada yang dijangka. Untuk lebih khusus, mata manusia mampu untuk kesan setiap butir piksel pada kepadatan sehingga 94 piksel per darjah (ppd). Ia lebih tinggi berbanding yang didakwa Apple dalam teknologi “retina display” iaitu 60 ppd. Kajian turut laporkan yang ketajamaan penglihatan adalah paling tinggi di bahagian tengah sudut pandang dan semakin hilang butiran apabila menjauhi titik tengah.

Jadi apa maknanya kajian ini dalam pemilihan TV dan monitor komputer?
Kajian ini memberitahu bahawa walaupun anda ada paparan 8K, takkan berikan perbezaan dengan paparan 4K sekiranya dilihat dalam jarak yang optimum. Untuk mengoptimumkan pengalaman menonton, tiga pembolehubah yang perlu anda pertimbangkan adalah resolusi, saiz paparan dan jarak. Berikut adalah panduan ringkas untuk paparan 4K.
- Untuk 4K 43”, jarak optimum tontonan adalah 1.3 meter.
- Untuk 4K 55”, jarak optimum tontonan adalah 1.6 meter.
- Untuk 4K 65”, jarak optimum tontonan adalah 1.9 meter.
- Untuk 4K 85”, jarak optimum tontonan adalah 2.5 meter.
Jarak puratan sofa daripada TV dalam isi rumah Malaysia adalah antara 2.5m hingga 3m yang bermakna saiz paling ekonomi adalah 65”. Saiz yang lebih besar hanya buatkan anda nampak butiran piksel yang cacatkan pengalaman menonton kecualilah anda beli TV 8K.
Rajah di bawah menunjukkan jarak optimum menonton berdasarkan resolusi dan saiz paparan mengikut kajian yang dijalankan penyelidik Cambridge University dan Meta

Ada beberapa saranan TV pada harga promo yang boleh anda usyar seperti di bawah.
TV 4K Bajet (2025)
TV 4K Midrange (2025)
TV 4K Bajet High-end (2025)
*senarai TV dengan skor tinggi di rtings.com
Anda boleh baca lebih dalam kertas kajian bertajuk “Resolution limit of the eye — how many pixels can we see?” di laman rasmi Cambridge University.