Dah nak habis 2025. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia bersiap sedia untuk bayar cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerbitkan senarai pelepasan cukai terbaharu mereka. Pelepasan Cukai Tahun Taksiran 2025 boleh kurangkan pendapatan bercukai anda dan seterusnya bawa anda masuk ke banjaran cukai yang lebih rendah.
Apabila berada dalam banjaran cukai rendah, kadar cukai anda pun jadi rendah. Mari kita lihat apa pelepasan yang disediakan untuk tahun 2025.
Pelepasan Cukai LHDN Tahun Taksiran 2025

Pelepasan cukai Individu
- Individu: RM9,000
- Individu Kurang Upaya: RM7,000
- Suami / Pasangan / Bayaran Nafkah: RM4,000
- Yuran pendidikan tinggi: RM7,000
- Bunga ke atas pemilikan rumah pertama: RM7,000
Pelepasan cukai perubatan & keperluan khas
- Individu / Pasangan / Anak: RM10,000
- Sakit kritikal
- Rawatan kesuburan
- Pemvaksinan (had RM1,000)
- Rawatan gigi (had RM1,000
- Ujian kesihatan (had RM1,000)
- Diagnosis / rawatan untuk anak dengan masalah pembelajaran (had RM6,000)
- Ibu bapa / Datuk Nenek: RM8,000
- Perbelanjaan peralatan kesihatan: RM6,000
Pelepasan cukai gaya hidup
- Gaya Hidup: RM2,500 ke atas bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar, tablet, langganan internet, yuran kelas kemahiran.
- Gaya Hidup Tambahan: RM1,000 ke atas peralatan sukan, sewaan lokasi bersukan, yuran pertandingan sukan, yuran gimnasium.
- EV: RM4,000 ke atas peralatan pengecasan EV & mesin kompos sampah.
Pelepasan cukai insurans & caruman
- Insurans nyawa & KWSP: RM7,000
- Skim persaraan swasta: RM3,000
- SSPN: RM8,000
- SOCSO: RM350
- Insurans perubatan & pendidikan: RM4,000
Pelepasan cukai untuk tanggungan
- Anak bawah 18 tahun & belum berkahwin: RM2,000
- Anak atas 18 tahun & belum berkahwin: RM8,000
- Anak kurang upaya & belum berkahwin: RM8,000 + RM8,000
- Yuran TASKA/TADIKA: RM3,000
- Peralatan penyusuan badan: RM1,000
Perubahan pelepasan LHDN 2025 vs. 2024
Tak banyak perubahan pada segi pelepasan cukai yang dilakukan LHDN untuk 2025 berbanding 2024. Ada dua perubahan yang boleh dilihat iaitu:
- Pelepasan untuk OKU naik sebanyak RM1,000.
- Pelepasan untuk insurans perubatan & pendidikan naik sebanyak RM1,000.
Selain daripada dua yang dinyatakan di atas, lain-lain pelepasan adalah sama seperti tahun yang sebelumnya. Peningkatan pelepasan untuk OKU mungkin petanda kos sara hidup melibatkan golongan ini yang meningkat.

Jadi, untuk pembayar cukai majoriti, perancangan cukai anda adalah sama seperti tahun sebelumnya sekiranya pola perbelanjaan anda tak mengalami perubahan besar.