12 Jun 2026 adalah sepak mula Piala Dunia 2026 FIFA (FIFA World Cup 2026). Peminat yang berada di Malaysia, RTM dan Unifi TV adalah pemegang hak penyiaran untuk kejohanan ini dan kalau anda nak ikuti pertandingani ini, artikel ini akan ceritakan lebih lanjut tentang caranya. Maklumat yang bakal anda peroleh adalah cara melanggan, harga langganan, dan servis tambahan yang bakal anda dapat.
Unifi TV penyiar rasmi FIFA World Cup 2026 Malaysia
Sebagai penyiar rasmi World Cup 2026, ia menjadikan Unifi TV sebagai satu-satunya saluran untuk anda tonton secara sah di Malaysia. Bermula 12 Jun hingga 20 Julai 2026, kesemua 104 siaran langsung akan ditayangkan secara penstriman. Pertembungan gergasi bolak sepak ini boleh ditonton secara HD di aplikasi Unifi TV 2.0. Ia boleh dipasang di telefon ataupun TV pintar.
Kalau dulu kita hanya layan di TV besar, Unifi TV benarkan kita untuk tonton di pelbagai peranti khususnya secara on-the-go.

Perkara yang diperlukan untuk tonton FIFA 2026
Kalau nak tonton Piala Dunia 2026, anda perlu langgan pakej khas. tapi sebelum itu anda perlukan perkara seperti berikut:
- Pasang Unifi TV 2.0 (Android, iOS, Huawei) di TV, telefon, tablet ataupun PC.
- Ada ID dalam platform Unifi TV
- sambungan Internet stabil (broadband ataupun mudah alih).
Bila dah log masuk dan beli pas penstriman Piala Dunia, bolehlah tonton sepuasnya.
Harga FIFA World Cup 2026 Season Pass Unifi TV
Unifi TV ada jual FIFA World Cup 2026 Season Pass kalau nak tonton semua perlawanan bola secar langsung. Harganya adalah RM50 untuk pelanggan Unifi TV dan RM60 untuk bukan pelanggan Unifi TV. Jadinya, kalau dibuat perkiraan, satu perlawanan kosnya jatuh kepada serendah RM0.48. Memang berbaloi.

Dapat apa dalam pas Piala Dunia 2026?
Untuk anda layan semua 104 match FIFA 2026, Unifi TV ada sediakan 3 saluran khas iaitu:
- Unifi FIFA World Cup 2026™ 1
- Unifi FIFA World Cup 2026™ 2
- Unifi FIFA World Cup 2026™ 3
Kalau terlepas mana-mana game, anda masih boleh tonton siaran tertunda ataupun sorotan yang disediakan. Kalau dah tak larat nak tengok bola, Pas ini juga sertakan sekali 73 saluran premium bukan bola seperti HBO, HITS, BBC, dan banyak lagi.

Cara langgan FIFA World Cup 2026 Season Pass
Nak langgan pas Piala Dunia 2026 mudah saja. Ini langkahnya:
- Muat turun aplikasi Unifi TV 2.0 di peranti yang nak anda tonton.
- Log masuk Unifi TV ID atau wujudkan akaun baru.
- Pergi ke seksyen FIFA World Cup 2026
- Cari pilihan Season Pass.
- Lengkapkan bayaran guna FPX, kad kredit/debit, atau TNG eWallet.
- Mula tonton FIFA 2026.
Menonton Piala Dunia di Malaysia kali ini unik sebab dah boleh ditonton secara on-the-go khususnya bila Unifi TV jadi penyiar rasmi. Sebelum ini anda kena langgan pelan TV satelit berkontrak dan ia sangat leceh kerana perlu penuhi tempoh kontrak sekurang-kurangnya 2 tahun.
