BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Setel Savers RM4.90/bulan: Siapa untung dan siapa rugi

Setel Savers langganan RM4.90/bulan yang lipat gandakan Mesra Rewards dan beri pulangan tunai. Ini mekanisme operasinya.

Setel ada satu produk baru namanya Setel Savers. Ia adalah program langganan yang berikan pengguna manfaat berganda di atas bonus Mesra Reward Sedia ada. Harga langganannya adalah RM4.90/bulan dan diperbaharui secara automatik.

Artikel ini akan terangkan mekanisme kerja Setel Savers dan siapa yang paling untung bila langgannya.

Apa itu Setel Savers

Setel Savers adalah program langganan berbayar yang direka untuk beri ganjaran berganda ke atas Mesra Rewards dalam ekosistem Setel. Untuk bayaran RM4.90/bulan (kitaran 30 hari), pengguna akan terima:

  • mata Mesra Rewards tambahan untuk transaksi tertentu
  • pulangan tunai untuk transaksi terpilih
  • boleh ditindih di atas promosi sedia ada
Setel Savers langganan RM4.90/bulan yang lipat gandakan Mesra Rewards dan beri pulangan tunai. Ini mekanisme operasinya.

Ringkasnya, Setel Savers ada program berjalan selari dengan Mesra Rewards dan tidak menggantikannya.

Transaksi apa yang disokong Setel Savers?

Setel Savers berikan dua ganjaran utama iaitu Mesra Rewards bonus dan pulangan tunai. Ini penerangan lanjut tentangnya.

Setel Savers langganan RM4.90/bulan yang lipat gandakan Mesra Rewards dan beri pulangan tunai. Ini mekanisme operasinya.

Mata Mesra untuk transaksi selain isi minyak

Pelanggan Setel Savers dapat sekurang-kurangnya 3x Mesra Rewards (kecuali transaksi di Kedai Mesra & cas EV) untuk sebarang perbelanjaan bukan minyak. Transaksi yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti:

  • bayar parkir
  • beli cukai jalan
  • beli insurans
  • servis kereta
  • bayar bil
  • transaksi dalam aplikasi dengan rakan niaga

Untuk transaksi di Kedai Mesra pelanggan akan terima 100 Mesra Rewards kalau buat 4 transaksi di Kedai Mesra dengan minimum RM10/transaksi.

Setel Savers langganan RM4.90/bulan yang lipat gandakan Mesra Rewards dan beri pulangan tunai. Ini mekanisme operasinya.

Untuk kes pengecasan EV, transaksi yang ke RM50 akan berikan anda 50 Mesra Reward, yang ke RM150 akan berikan 100 Mesra Rewards dan yang ke RM300 akan terima RM150 Mesra Rewards. Jumlahnya jadi 300 Mesra Rewards.

Transaksi yang tidak tergolong adalah seperti:

  • beli petrol / diesel
  • transaksi DuitNow
  • servis penghantaran makanan dan barangan

Mata bonus Setel Savers boleh digabungkan dalam kempen Mesra Rewards yang sedang berjalan. Contohnya, jika ada kempen “3x Mesra Rewards”, pelanggan Setel Savers boleh dapat sehingga 5x mata Mesra.

Setel Savers langganan RM4.90/bulan yang lipat gandakan Mesra Rewards dan beri pulangan tunai. Ini mekanisme operasinya.

Pulangan tunai RM60/bulan bila beli insurans

Gajaran kedua adalah pulangan tunai untuk 3 transaksi iaitu pembaharuan insurans kenderaan (RM25), selenggara kereta (RM25), dan penggantian bateri (RM10). Terdapat had dikenakan ke atas cashback ini iaitu pengguna boleh gunakan sekali untuk setiap bulan. Sebab itu pulangan tunai bulanan maksimum jadi RM60.

Apa pengguna perlu tahu dengan Setel Savers

Selain daripada ia berjalan selari dengan Mesra Rewards, pengguna juga perlu faham had-had yang ditetapkan dalam Setel Savers. Sebagai rumusan, transaksi minyak tidak termasuk dan manfaat tertakluk kepada jenis traksaksi spesifik. Kemudian ada juga sistem kitaran bulanan yang reset setiap awal bulan. Akhir sekali ganjaran adalah berdasarkan amaun akhir di resit.

Siapa yang untung guna Setel Saver?

Kalau diamati mekanisme ganjaran Setel Saver, boleh disimpulkan yang operator nak perbanyakkan transaksi bukan pembelian minyak dalam platform. Tak mengejutkan sebab mereka memang sedia popular untuk pengguna beli RON95 Budi95 berbanding APP isi minyak lain.

Sama ada Setel Savers RM4.90/bulan berbaloi atau tidak, ia sangat bergantung pada cara guna. Jika 1 mata Mesra nilainya RM0.01, anda perlukan 5,880 untuk breakeven. Untuk dapat 5,880 mata Mesra, anda perlu belanja RM14,700 setahun untuk dapat kembali yuran langganan.

Tapi kalau anda guna manfaat pulangan tunai RM25 bila beli insurans dan baiki kereta, anda cuma perlu belanjan RM2,200/tahun untuk dapat balik yuran langganan.

Layari laman Setel Saver untuk maklumat lanjut