BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Candence: CPU iPhone mungkin direka AI sepenuhnya

Cip iPhone anda yang seterusnya mungkin direka oleh jurutera maya, bukan lagi manusia

Tak lama lagi, tugas nak reka cipta cip elektronik termasuk yang dalam iPhone atau Android anda akan diambil alih AI. Itulah yang diumumkan Candence iaitu sistem jurutera maya yang diperkasa teknologi NVIDIA AI. Sistem itu akan ditugaskan untuk reka dan uji cip, sebelum ini perlukan pasukan yang ramai dan masa yang panjang.

ChipStack AI Super Agent: Autonomi tahap 5

Cadence katakan yang platform AI mereka telah dinaik taraf untuk capai autonomi tahap 5. Pendek kata, platform itu boleh rancang dan reka produk secara automatik tanpa perlukan bantuan manusia.

Cip iPhone anda yang seterusnya mungkin direka oleh jurutera maya, bukan lagi manusia

Nak reka cip boleh diibaratkan seperti nak rancang sebuah bandar, bezanya adalah pada skala. Setiap lebuhraya, jalan, atau lorong perlulah sempurna untuk elak kesesakan. Satu rekaan cip perlu diuji ratusan kali sebelum diperkui cukup baik untuk dihasilkan. AI boleh melaksanakan tugas ini dalam masa kurang sehari berbanding kalau guna manusia yang ambil masa berminggu-minggu.

Berapa cepat? Sehingga 40 kali lebih pantas. daripada biasa.

Apa kesan kepada pengguna?

Kesan yang pengguna macam anda rasa mungkin tak kelihatan pada mata kasar. Tapi jika pembangunan cip berlipat kali ganda lebih pantas manfaat yang bakal dinikmati adalah seperti prestasi cip yang lebih baik tahun demi tahun, kos hasilkan produk jadi lebih murah, dan kitara naik taraf produk juga boleh dipendekkan.

Cip iPhone anda yang seterusnya mungkin direka oleh jurutera maya, bukan lagi manusia

Chip design company Cadence has unveiled what it calls an industry-first “fully autonomous virtual engineer” powered by NVIDIA AI technology. In simple terms, it is an AI system that can independently handle parts of chip design and testing work that previously required large teams of engineers and weeks of computing time.

Candence AI ganti tenaga manusia AI?

Candence kata AI dengan autonomi setinggi ini bukanlah untuk gantikan manusia. Tapi peranan jurutera semikonduktor masa ini telah bertukar kepada memantau kerja-kerja AI dan menentusahkan sama ada outputnya boleh digunakan ataupun tidak.

Sumber: Candence