LRT3 laluan Shah Alam akan beroperasi hujung Jun 2026 ini. Ia disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Laluan sepanjang 37.8km itu telah jalani ujian dengan jayanya dan kini bersedia untuk menerima penumpang pertamanya.

Tambang LRT3 laluan Shah Alam
Prasarana sudahpun menerbitkan jadual tambang untuk perkhidmatan LRT3 ini. Perjalanan hujung ke hujung dari stesen Johan Setia dengan Bandar Utama adalah berharga RM4.90 ataupun kira-kira RM0.14/km.

RM4.90 adalah harga sekiranya anda gunakan tunai. Untuk pembayaran tanpa tunai, harganya adalah RM4.30 manakala tiket konsesi adalah RM2.40.
LRT3 laluan Shah Alam menghubungkan Bandar Utama (pertukaran MRT laluan Kajang) dengan Johan Setia di Klang. Ia meliputi kawasan tumpuan penduduk di bahagian barat Lembah Klang. 20 stesen akan beroperasi pada hari pertama pembukaan sementara 5 lagi stesen disimpan sebagai rancangan masa depan mengikut keperluan.
Bila beroperasi, LRT3 ini akan tambah baik ketersambungan antara penduduk Petaling Jaya, Shah Alam, dan Klang dengan sistem transit sedia ada.
Laluan LRT3 perlu lebih 9 tahun untuk siap
LRT3 sebenarnya telah mengalami beberapa kali kegendalaan sejak pembinaannya bermula dalam 2017. Bukan setakan pandemik COVID-19 yang jadikannya lewat siap, masalah integrasi sistem dan ujian perisian juga menyumbang kepada kelewatan itu.
Walau apapun, LRT3 bakal memanfaatkan lebih 2 juta penduduk Lembah Klang dan diharap dapat kurangkan tempoh perjalanan dan kurangkan kesesakan di atas jalan raya.
Layari laman RapidKL untuk maklumat lanjut.
