Bateriku x Carsome Bateriku x Carsome

Bateriku: Bateri Astra diskaun RM50 daripada APP Carsome

Kemas kini 17 Julai 2025 – Pihak Bateriku memaklumkan yang potongan RM50 adalah termasuk battery scrap.


Bateriku, penyedia terulung servis penukaran serta merta (on-demand service) bateri kereta Malaysia mengumumkan mereka telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Carsome. Kerjasama ini katanya akan menyebarluaskan perkhidmatan bateri dan bantuan tepi jalan (roadside assistant) kepada lebih ramai pengguna.

Penukaran bateri kereta serta merta, kini di aplikasi Carsome

Salah satu intipati kerjasama strategik antara Bateriku dengan Carsome adalah, pengguna aplikasi Carsome kini boleh menggunakan servis penukaran serta merta bateri kereta terus daripada situ.

Untuk tempoh terhad, mereka juga boleh dapat potongan harga sebanyak RM50 untuk penukaran bateri menggunakan kod promo CARSOME50 (tertakluk T&C).Walau bagaimanapun, pemeriksaan di aplikasi Carsome menunjukkan yang diskaun yang diberikan adalah sebanyak RM30, bukannya RM50 seperti yang diiklankan. Soalan akan diajukan kepada pihak terlibat dan sebarang info terbaharu akan dikemas kini kemudian.

Harga promo bateri Astra (kiri) berbanding harga luar promo (kanan)

Masih tentang bateri, ini bukanlah kali pertama Bateriku jalinkan kerjasama dengan pihak ketiga untuk jual bateri mereka. Kalau anda masih ingat, dalam tahun 2022, Bateriku telah bekerjasama dengan Setel untuk sediakan servis dengan konsep yang sama. Ia masih boleh dimanfaatkan sehingga hari ini.

Servis tukar bateri Bateriku di Setel
Screenshot

Lokasi titik pemeriksaan kereta Carsome diperluas

Di pihak Carsome, mereka bakal memanfaatkan lebih 220 Bateriku Pitstop di seluruh negara untuk menjadi titik pemeriksaan kenderaan. Lokasi ini akan menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Penilaian kenderaan berasaskan AI
  • Pemeriksaan kenderaan
  • Servis jual beli kenderaan terpakai
Wakil Bateriku beramah mesra dengan wakil Carsome

Makanya, servis Carsome kini diperluas ke seluruh Malaysia sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar kerana. Pengguna kini tak perlu lagi cari lokasi pemeriksaan Carsome untuk kenderaan terpakai.

Bukan itu sahaja, Carsome juga akan menggunakan bateri keluaran Bateriku berjenama Astra untuk semua kenderaan terpakai mereka.

Bateriku jual lebih 500,000 bateri Astra

Setakat ini, sudah lebih setengah juta bateri Astra telah terjual. Malahan, kadar tuntutan jaminan yang kurang daripada 0.5% menjadi manifestasi keseriusan Bateriku dalam kawalan kualiti. Itulah lambang kepada keutuhan dan kalau tak cukup, bateri Astra menerima pensijilan SIRIM dan juga dilindungi jaminan seluruh Malaysia.

Bateriku bateri berjenama Astra

Bateriku bukan sekadar bateri

Memulakan operasi dalam tahun 2014, Bateriku sejak itu telah berkembang menjadi satu ekosistem komprehensif merentasi Malaysia. Buat yang tak tahu, selain bateri Astra, Bateriku ada cabang seperti:

  • BHero: Rangkaian terdiri daripada 1,500 juruteknik bergerak dan terlatih untuk kenderaan.
  • Pitstop: Lebih 220 outlet untuk jadi pusat servis dan pemeriksaan
  • BBuddy & BPreneur: Sistem sokongan pengusaha tempatan untuk bengkel dan trak tunda
Bateriku BHero sedang periksa kenderaan pelanggan

Dengan bantuan data raya, integrasi IoT, dan diagnostik kenderaan masa nyata, Bateriku kini bukan sekadar syarikat bateri, tapi mereka memodenkan konsep pemilikan kenderaan.

Anda boleh layari laman rasmi Bateriku untuk maklumat lanjut.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *