Inisiatif Budi95 dahpun berjalan sejak awal Oktober 2025. Semakin ramai orang yang mula memanfaatkan petrol pada harga RM1.99. Untuk pengetahuan anda, sistem subsidi kali ini jauh berbeza dengan yang sebelumnya. Berikut adalah penerangannya.
Sistem subsidi sebelum Budi95
Sebelum Budi95, kerajaan Malaysia menggunakan pendekatan subsidi menyeluruh. Tak kira sama ada anda warganegara Malaysia atau tidak, syarikat atau individu, kaya atau miskin, bila sesiapa sahaja beli minyak RON95, semuanya nikmati harga subsidi pada harga RM2.05/L. Bunyi macam kerajaan pemurah.

Sistem subsidi selepas Budi95
Pengumuman Budi95 merubah landskap subsidi bahan api yang diamalkan sejak berzaman lagi. Kali ini, kerajaan memang ingin mensasarkan untuk yang layak sahaja. Jadi mereka wujudkan kriteria-kriteria ketat seperti:
- umur 16 tahun ke atas
- ada MyKad dengan cip pintar
- miliki lesen memandu yang aktif

Bila seseorang warganegara penuhi kriteria ini, mereka secara automatik layak untuk tebus Budi95. Untuk lebih kawalan, kerajaan turun mewujudkan sistem kuota untuk membasmi isu penggunaan berlebihan dalam kalangan rakyat. Berdasarkan kajian dan statistik, mereka mentapkan 300L sebulan adalah amaun yang munasabah untuk setiap individu, untuk beli petrol RON95 pada harga RM1.99/L.
Apa jadi kalau guna Budi95 lebih 300L?
Sekiranya melebihi takat kuota yang disediakan, petrol masih lagi boleh dibeli tapi pada harga tanpa subsidi iaitu RM2.60/L. Pengguna yang terlibat dalam ekonomi gig seperti pemandu Grab, Foodpanda, dan Lalamove telah menyuarakan kebimbangan kerana mereka mencongak akan guna lebih daripada 300L.

Maka dengan sebab itu, kerajaan telah bersetuju untuk berikan kuota Budi95 tambahan kepada golongan ini bermula 15 Oktober 2025. Penggiat ekonomi gig dimaklum tak perlu lakukan proses tambahan kerana kerajaan sendiri akan berurusan dengan operator e-hailing untuk mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan.
Kenapa harga di pam bukan RM1.99?
Pengguna mungkin akan perasan yang harga di pam bukanlah RM1.99 seperti yang diumumkan. Hal ini kerana, subsidi hanya akan diberikan dalam bentuk pulangan tunai selepas transaksi isi minyak selesai. Anda boleh lakukan bacaan lanjut dalam artikel kami sebelum ini. Untuk ringkasan, sentiasa periksa resit pembelian untuk maklumat lanjut.

42.3 juta liter RON95 Budi95 sudah terjual
Setakat 2 Oktober 2025, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM84.2 juta nilai petrol RON95 telah dibeli melalui Budi95. Ia melibatkan sebanyak 42.3 liter dan lebih 3 juta rakyat telah memanfaatkannya. Di pihak kerajaan, sebanyak RM67 juta dalam bentuk subsidi telah dikeluarkan yang meliputi semua subsidi bahan api daripada RON95 hinggalah ke Diesel.
meta: Fahami sistem subsidi petrol Budi95 yang bermula Oktober 2025. Rakyat layak nikmati RON95 pada harga RM1.99/L dengan kuota 300L sebulan serta pulangan tunai terus ke akaun.