Produk Kingston Produk Kingston

Produk Kingston mungkin telah anda guna tanpa disedari

Pendrive USB yang anda guna untuk simpan tugasan belajar, SD card dalam kamera, ataupun RAM dalam laptop anda yang laju itu. Ia mungkin dibuat oleh Kingston yang diam-diam menjadi pemacu dunia memori komputer untuk lebih daripada dua dekat.

Berdasarkan data daripada firma analisis Trendforce, Kingston diletakkan sebagai pembekal DRAM pihak ketiga nombor satu global untuk tahun 2024. Mereka dicongak memegang lebih 66% pasaran global yang bermakna kira-kira 2 daripada 3 produk memori yang ada dalam pasaran ada kaitan dengan syarikat ini. Syarikat tersebut sudahpun memegang takhta untuk 22 tahun berturut-turut.

Kingston Global Market Share Rangking of DRAM Module Sppliers 2024

Bercakap tentang pasaran DRAM, Trendforce melaporkan yang ia semakin memulih selepas trend menurun sejak wabak COVID-19 melanda. Perolehan sektor DRAM dianggar mencecah USD 13.3 billion, naik 7% berbanding tahun lepas. Ia dilihat hasil pengeluaran DRAM yang dilipatgandakan disamping harga jualan lebih tinggi.

Untuk pengeluar DRAM popular ini, rahsia mereka kekal unggul dalam pasaran adalah kemampuan mengekalkan kualiti produk serta terus-menerus mengeluarkan produk baharu seiring dengan peredaran zaman, contohnya dalam era DDR5. Kingston ada macam-macam produk memori yang gunakan standard baharu seperti siri FURY Renegade DDR5 mereka.

Kalau anda masih ingat, tahun 2024, mereka perkenalkan RAM dengan lampu RGB bertemakan kereta lumba. Ia mampu beroperasi sepantas 8000 MT/s dan ditujukan untuk golongan enthusiast. Anda boleh baca produk-produk baharu yang dilancarkan Kingston dalam artikel kami yang terdahulu.

Sumber: Trendforce

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *